Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hadir Beri Sokongan Kepada Puteri Sarah Di MLS4, Patimah Ismail Turut Kongsi Rasa Syukur Syamsul Yusof Kini Kerap Pulang Ke Rumah - “Lepas Kerja, Biasanya Dia Akan…”

Asyikin Mayudin
23/09/2024 00:55 MYT
Kehadiran ibu kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memberi sokongan terhadap bekas menantunya, aktres Puteri Sarah Liyana pada minggu pertama Muzikal Lawak Superstar 4 menarik perhatian ramai.

Tak sangka Sarah kelakar

Akan ‘turun padang’ beri sokongan jika kesihatan mengizinkan, Patimah berkata dia tidak menjangka bekas menantunya itu juga mempunyai bakat dalam melawak.

“Insya-Allah kalau saya sihat, boleh juga datang setiap minggu tapi tengok dekat TV pun dah cukup. Datuk tak dapat datang sebab ada acara dia.

“Sebenarnya saya tak sangka dia ada bakat melawak. Ikutkan dekat rumah pun dia seorang yang suka buat lawak. Dia memang kena bahan saja la (persembahan minggu pertama),” kongsinya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: ‘Gempak Superstar Of The Week’ Milik Deroyan, Ibu Syamsul Yusof Datang Sokong Puteri Sarah Antara Momen Minggu Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

Isteri kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam itu ditemui sebaik sahaja selesai minggu pertama MLS4 yang diadakan di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Luah rasa syukur

Dalam pada itu, Patimah turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Syamsul semakin kerap pulang ke rumah selepas habis kerja di Finas.

“Alhamdulillah, dia dah selalu balik ke rumah. Lepas kerja, biasanya dia akan singgah rumah, sebab dia kerja dekat Finas, dekat dengan rumah saya… jadi, dia akan singgah.

“Dia memang akan suruh masak makanan kegemarannya, dia rindu agaknya… dah lama tak balik kan. Semuanya Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas hampir dua tahun tidak berjumpa.

Menerusi perkongsian foto di Instastory ibu Syamsul iaitu Datin Patimah pada 11 September lalu, pertemuan penuh bermakna itu turut disertai Datuk Yusof Haslam dan Syafiq Yusof.

Turut bersama, bekas menantu, Puteri Sarah Liyana dan cucunya, Sumayyah.

#Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Datuk Yusof Haslam #Datin Patimah Ismail #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4