HIBURAN
Hadir Dengan Pakai Selendang, Michelle Yeoh Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, hari ini, hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang meninggal dunia pada pukul 7.10 malam, Isnin.
Pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 itu dilihat tiba di Dewan Solat Utama di Masjid Negara sekitar pukul 11.40 pagi pada Selada.
Yeoh yang berasal dari Ipoh, Perak memasuki ruang penghormatan terakhir dengan memakai selendang dan berbaju hitam.
Selain Yeoh, turut hadir memberikan penghormatan terakhir adalah pemimpin-pemimpin negara; diplomat-diplomat asing; sahabat handai serta orang awam.
Selain itu, antara yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; serta bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari ini.
Jenazah Perdana Menteri kelima itu akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sebaik selesai solat zohor hari ini.
Semalam, kerajaan memutuskan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi penghormatan 'Istiadat Pengebumian Negara', hari ini.
Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Lah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Tokoh negarawan berjiwa rakyat ini meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video