HIBURAN

Hadir Dengan Rambut Pendek ‘Blonde’, Gaya Zahida Rafik Di KLFW Jadi Tumpuan Netizen - “Welcome Back Kak Nita”

Asyraf Roslan 07/08/2025 | 02:55 MYT
Pelakon Zahida Rafik mencuri perhatian ramai ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.


Menerusi sebuah hantaran video di akaun TikTok EH!, pelakon yang dikenali menerusi filem popular Mami Jarum itu tampil berani dengan menggayakan sut berona kelabu serta potongan rambut pendek berwarna perang keemasan (blonde).


Penampilan terbaharunya itu segera mengundang reaksi pelbagai daripada netizen malah ramai yang hampir tidak mengenalinya pada pandangan pertama.


Lebih menarik, ada netizen menyamakan Zahida dengan penyanyi legenda tanah air, Anita Sarawak.
“Lain beno muka dia.

“Close enough, welcome back Kak Nita.

“Kak Nita is back!

“Allah lain sangat masa mami jarum dulu.

“Dia cantik gila masa dulu.

“Ingat Anita Sarawak tadi.

“Mula-mula ingat Anita Sarawak,” tulis netizen.

#Anita Sarawak #Zahida Rafik #KLFW