Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Hadir Ke Mahkamah Untuk Proses Cerai, Puteri Sarah Pilih Busana Putih - "Putih Melambangkan Hidup Baharu"

Syafiqah Jalal 18/04/2023 | 01:56 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat tiba ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menjalani proses lafaz cerai bersama pengarah Syamsul Yusof yang dijadualkan hari ini pada jam 9.20 pagi tadi.
Puteri Sarah hadir dengan senyuman yang ceria serta mengenakan busana serba putih bak bidadari.
Kata Puteri Sarah dia memilih busana serba putih itu kerana ia melambangkan permulaan hidup baharu.
"Hari ini saya berserah lah apa-apa pun dan harapnya kita selesaikan semuanya.
"Sarah harini hadir macam fashion show sebab saya tak nak pakai hitam kerana ia melambangkan saya seperti depresi. Saya tak depress saya tak stress. Saya gembira!
"Lagipun putih melambangkan permulaan hidup baharu dan ia bagai merpati putih terbang tinggi," katanya.
Difahamkan mereka bakal melalui prosiding hadanah selepas proses lafaz cerai yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah sepatutnya mendengar sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai itu.
Bagaimanapun, JKP terbabit dianggap selesai selepas pertemuan dan perbincangan kata sepakat dibuat mereka.
Pada 6 April lalu, Syamsul hadir pada sebutan pertama kes nusyuz yang difailkannya terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.
Syamsul juga memaklumkan, dia reda dengan apa saja keputusan JKP berhubung kes permohonan cerai itu.
Terdahulu, pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membabitkan Syamsul dan Puteri Sarah difahamkan gagal menemui jalan penyelesaian.
Pada 21 Mac lalu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana, 38, dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.
Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dengan alasan isterinya masih menghubungi bekas kekasih yang berstatus suami orang.
Alasan lain dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz dibuat termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
#cerai #Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Mahkamah #Puteri Sarah Liyana #Busana
;