HIBURAN
Hadir Ke Pusat Pameran Kereta, Suami Anzalna Nasir Puji Sikap Humble Fattah Amin - “Dia Datang Nak Cuci Mata Kereta Raya…”
Perkongsian suami kepada pelakon jelita, Anzalna iaitu Hanif Zaki yang memuat naik gambar bersama Fattah Amin yang dikatakan sedang mencari kereta raya berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, memaparkan foto dirinya bersama Fattah Amin dan beberapa jenis kereta di pusat pameran kereta.
Malah, Hanif juga sempat memuji sikap keperibadian pelakon filem Pendekar Awang itu yang dikatakan rendah diri.
“Terima kasih singgah. Fattah memang seorang yang humble. Fattah cakap dia datang nak cuci mata kereta raya.
“Agak-agak model mana yang berjaya memikat Fattah?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dengan kejayaan Fattah dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Semoge bertambah tambah rezeki bamtah.
“Wah,bang long beli kereta raya.
“Semoga Allah permudahkan urusan dia dunia dan akhirat,” komen beberapa netizen.