Hadir Perhimpunan Solidariti, Ramai Suka Tengok Nadia Brian Bertudung Labuh - “Cantiknya Pakai Macam Ni, Semoga Berterusan”

Mya Amri
Oktober 29, 2023 11:55 MYT
Pelakon, Nadia Brian merupakan antara selebriti yang aktif menggunakan platform media sosial menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Malah pelakon cantik ini juga turut menghadiri perhimpunan 10K Solidariti Palestin yang berlangsung di ibu kota semalam.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Nadia berkongsi sedikut sedutan ketika menghadiri perhimpunan itu.

“Syukur Alhamdulillah, kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada Himpunan 10K Solidariti Palestin,” tulisnya.

Dalam pada itu, hantaran yang dikongsi oleh Nadia ini mendapat pujian netizen yang rata-ratanya menyukai penampilan sopannya.

Tidak hanya memuji, netizen juga mendoakan agar Nadia terbuka hati untuk kekal istiqomah dalam menutup aurat dengan sempurna.

Terdahulu, Nadia sebelum ini menerima kecaman netizen kerana dikatakan semakin seksi selepas bercerai.

BACA: Makin Seksi, Nadia Brian Akui Dapat Gangguan Seksual Di Media Sosial - "Ini Diri Saya, Doakanlah Yang Baik-Baik"

#Berhijab #Tudung #Nadia Brian #Palestin #Gaza #Solidariti #Perhimpunan Solidariti