Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

Hadir Perkahwinan Neelofa, Menteri Enggan Ulas Tentang SOP

Mya Amri 31/03/2021 | 08:50 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri enggan mengulas lanjut berkenaan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) terhadap majlis pernikahan Neelofa.
Menerusi sepotong video pendek yang dikongsi AWANI, beliau memberikan jawapan ringkas kepada soalan yang ditanya oleh wartawan.
“Yang itu saya no komen,” katanya
Beliau merupakan antara tetamu hadir pada majlis yang berlangsung pada Sabtu.
Terdahulu, pihak polis membidas dakwaan polis tidak mengambil tindakan (double standard) terhadap orang kenamaan (VVIP) melanggar SOP dalam penganjuran sesuatu majlis besar termasuk majlis perkahwinan.
BACA: KPN Bidas Warganet Dakwa Polis ‘Double Standard’! – “Kami Siasat Semua…”
Polis juga telah memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti tempatan terkenal, Neelofa, berikutan dakwaan majlis tersebut melanggar SOP Covid-19.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis telah membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis tersebut.
Sumber video: AWANI
#Neelofa #Menteri #Langgar SOP #Wedding Neelofa #Datuk Seri Zulkifli #Isu SOP