Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Hadiri 10 Undangan TV & Radio Di Indonesia, Ernie Zakri Mahu Kerjasama Dengan Govinda Berterusan!

Syafiqah Jalal
31/10/2022 04:40 MYT

Penyanyi Ernie Zakri mendedahkan sambutan serta penerimaan dirinya ke Industri muzik Indonesia bermula dengan positif selepas melancarkan single hit Hal Hebat berkolaborasi bersama kumpulan dari seberang itu iaitu Govinda.
 
Ernie berkata dia teruja apabila Pihak MyMusic Records Indonesia telah menyusun hampir 10 acara temubual di stesyen televisyen, promosi di radio serta persembahan secara ‘live’ sewaktu rangka promosi di Jakarta serta kota besar Bandung pada 22 Ogos lalu.
 
“Alhamdulillah, sambutan yang di luar jangkaan saya, lagu yang diubah melodinya sedikit untuk disesuaikan dengan kehendak permintaan pendengar di Malaysia, telah pun diterima baik di negara seberang sana.
 
“Meskipun penat terpaksa menghadiri banyak undangan serta temu bual bersama rangan di TV dan radio di sana namun saya gembira kerana diberi peluang ini.
 
“Ini peluang saya sudah lama saya nanti-natikan iaitu hendak mengembangkan kareier saya di negara seberang.
 
“Selepas ini juga saya merancang untuk memiliki sebuah lagu yang dicipta khas oleh Ade iaitu ahli kumpulan Govinda yang mempunyai bakat besar dalam mencipta lagu. Dia pernah mencipta lagu-lagu hebat buat Datuk Siti Nurhaliza dan Ning Baizura sebelum ini,” katanya.
 
Ernie dan Govinda ditemui selepas siding media single hit Hal Hebat itu yang diadakah di Hard Rock Café pada Khamis.
 
Sementara itu, Govinda yang diwakli vokalisnya, Ifan mengagumi bakat nyanyian Ernie yang disifatkan memiliki suara emas.
 
“Sejujurnya kami amat senang apabila lagu Hal Hebat turut mendapat sambutan luar biasa di Malaysia. Kemudian, kami pula mendapat tawaran yang sangat menarik untuk menerbitkan lagu ini dalam versi duet edisi Malaysia hasil kolaboratif dengan Ernie.
 
“Rasanya tidak keterlaluan untuk kami menyifatkan Ernie sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik di Malaysia.
 
“Bila kami mendengar suara Ernie, ternyata nyanyian dan penghayatannya sangat bagus. Ketika sesi rakaman, kami dan syarikat rakaman juga rasa sangat puas,” ujarnya.
 
Setelah melancarkan single hit Hal Hebat pada 22 Julai 2022 yang lalu, koloberasi bersama kumpulan dari negara seberang Govinda, Ernie Zakri telah membuktikan penerimaan rakyat Malaysia terhadap projek istimewa tersebut.
 
Lagu yang menjadi siulan pendengar pendengar serta sering menjadi runut bunyi bagi video percintaan dilaman sosial TIK TOK dan majlis majlis perkahwinan ini juga telah berjaya menduduki tempat pertama beberapa carta utama di radio serta online streaming di Malaysia.
 
Sebagaimana yang diketahui, Hal Hebat adalah single paling hit pernah dinyanyikan oleh Govinda dengan jumlah tonton menghampiri 20 juta sejak pelancarannya kira-kira 2 tahun lalu. 
 
Govinda akan berada di tanah air sebagai artis jemputan khas bagi konsert sulung Ernie Zakri bersama suaminya Syamel yang berlangsung pada 23 Oktober 2022 di Zepp Kuala Lumpur. Selesai sahaja konsert tersebut, Govinda akan berada di tanah air sehingga tanggal 28 Oktober 2022 bagi mempromosikan single Hal Hebat di sini. 
 
Lagu ‘Hal Hebat’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
 
Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Foto kredit: Maestro Ridwan

#Indonesia #Ernie Zakri #Lagu #Govinda #Hal Hebat