Komunikasi seorang jurujual memainkan peranan penting dalam melariskan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Agak berbeza di Brazil, syarikat kereta Hyundai telah melantik seekor anjing sebagai jurujual di sebuah bilik pameran mereka di negara itu.

Anjing yang diberi nama Tucson Prime itu sering kelihatan mengunjungi lokasi terbabit sebelum dilantik menjadi sebahagian daripada warga Hyundai di cawangan itu.

Tucson telah diberikan kad pekerja dan dokumen pekerjaan penting sebagai satu tanda penghargaan.

Lebih menarik, Tucson juga terlibat dalam menghadiri mesyuarat, menyapa pelanggan, memeriksa kereta dan macam-macam lagi.

Pihak pengurusan juga telah mendaftarkan akaun Instagram buat Tucson, sehingga kini, jumlah pengikut akaun tersebut telah melebihi 40,000.

Sumber : Times of India