Hadiri Parti Hari Lahir Anak Dynas Mokhtar, Lara Alana Jadi Wonder Woman

Mya Amri
Julai 5, 2017 14:35 MYT
Gelagat comel anak pelakon dan pengacara, Awal Ashaari, Lara Alana memakai kostum Superhero, Wonder Woman mendapat perhatian peminat.
Lara menggayakan pakaian tersebut ketika menghadiri majlis hari jadi anak lelaki pelakon Dynas Mokhtar, Mohamed Haqaish, 5, yang bertemakan Superhero.
Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 36, telah berkongsi beberapa foto menarik anak perempuan kesayangannya itu menerusi akaun Instagram (IG)nya dan juga Lara.
Walaupun foto-foto tersebut dimuatnaik dua hari yang lalu, namun peminat masih lagi tidak boleh ‘move on’ dengan gelagat Lara yang teruja ketika menggayakan pakaian tersebut.
Sehingga kini ruangan komen setiap foto juga masih lagi dihujani dengan komen-yang memuji kecomelan Lara.
Di sini Astro Gempak kongsikan gambar-gambar menarik Lara sepanjang majlis tersebut berlangsung:
Teks oleh: Mya Amri
#Awal Ashaari #Lara Alana