Berita
Hadiri World #QuranHour, Syed Saddiq Ajak Sayangi Al-Quran
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghadiri Program World #QuranHour yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak hari ini.
Program World #QuranHour yang memasuki edisi ketiga itu bermula pada jam 12 tengah hari dengan pembukaan bacaan surah Al Fatihah ayat 1-5 dan surah Al Baqarah ayat 1-7.
Syed Saddiq memberitahu dia bersyukur dan gembira kerana dapat meluangkan masa menghadiri program tersebut.
Pemimpin muda itu berharap semoga semua umat Islam dapat mengambil kebaikkan daripada mesej dan nilai yang ada di dalam Al-Quran.
"Alhamdulillah, diberi peluang untuk menghadiri #WorldQuranHour di alma mater tercinta, UIAM.
"Semoga kita semua dapat meneladani dan berakhlak dengan mesej dan nilai universal al-Qur’ān seperti para sahabat yang disebut sebagai ‘Jilul Qur’ān al-Farid’ (para Generasi Qur’ān yang Unik)," tulisnya di Instgaram (IG) peribadinya.
Syed Saddiq turut memuat naik fotonya segak berbaju Melayu serta songkok ketika menghadiri program World #QuranHour.
World #Quran Hour akan diteruskan dengan Solidariti Ngaji diikuti dengan interaksi dengan al-Quran oleh pembawa panji-panji Hujurat dengan konsep Baca, Tadabbur dan Tazakkur.
Seterusnya diikuti dengan Iqrar Quran dan doa sebelum semua peserta menunaikan solat Zuhur.
Selain Syed Saddiq, pemipin lain yang turut sama menyertai program interaksi bersama al-Quran ini antaranya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan ramai lagi.
Saksikan siaran langsung World #QuranHour jam 11.30 pagi di Astro Oasis dan di FB Salam Muslim atau di Youtube Astro Gempak.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video