Berita

"Hael Bawa Barulah Mantap" - Suara Dibandingkan Netizen, Ini Respons Nabila Razali...

gempak
ZULHILMI JALIL
24/04/2020
05:24 MYT
Sponsor Banner
"Hael Bawa Barulah Mantap" - Suara Dibandingkan Netizen, Ini Respons Nabila Razali...
Penyanyi Nabila Razali meminta orang ramai untuk tidak membanding-bandingkan cara nyanyiannya dengan Hael Husaini yang juga merupakan komposer bagi single terbaharunya, Peluang Kedua.
Bahkan, kata Nabila, dia sedar apabila ada juga pihak yang cuba mempertikaikan kewajaran lagu tersebut diberikan kepadanya.
"Ramai yang persoalan kenapa Hael bagi lagu Peluang Kedua ni kepada Bella. Ramai juga yang bandingkan cara nyanyian kami.
"Pertama sekali, Hael ialah Hael dan saya tidak akan pernah menjadi dirinya. Dia mempunyai 'class' yang tersendiri. Itu tidak perlu dipertikai. Tak salah kalau nak puji seseorang tu, tapi bukan dengan menjatuhkan orang lain," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Menurut Nabila lagi, setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan sesebuah lagu.
"Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi janganlah kita menghukum seseorang itu hanya kerana dia tak sempurna di mata kita,
"Jadi, kenapa Hael beri lagu yang cukup indah ini kepada saya? Saya rasa biarlah hanya kami yang tahu," katanya.
Sebelum ini, Hael memuat naik sebuah video nyanyiannya mendendangkan lagu Peluang Kedua versinya di Instagram.
Susulan perkongsian video itu, ramai yang mula merasakan seolah-olah Hael lebih layak untuk membawakan lagu ciptaannya itu sendiri.
"Hael bawa barulah mantap.
"Sedap pulak bila Hael nyanyi.
"Maaf, tapi lagu ni patut jadi lagu Hael je.
"Saya hairan kenapa awak tak buat lagu ni untuk diri sendiri. Awak nyanyi sedap sangat.
Sehingga kini, lagu Peluang Kedua sudah mencecah hampir 3 juta tontonan di Youtube sejak diterbitkan pada 15 April lalu.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Nabila Razali di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live