HIBURAN
Hael Husaini Bangga Dengan Alpha, Tak Menolak Untuk ‘Hadiahkan’ Lagu Ciptaannya - “Mereka Membuktikan Malaysia..."
Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini meluahkan rasa bangga melihat perkembangan kumpulan Alpha selepas debut dalam industri seni tempatan.
Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, kumpulan yang dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky itu sentiasa menunjukkan kerjasama yang baik dalam setiap tugasan yang diberikan kepada mereka.“Saya rasa benda itu tidak perlu nak disangkal lagi sebab kalau kita tengok sambutan semasa mereka keluar, mereka membuktikan Kita Malaysia boleh memupuk sesuatu yang baharu kerana kita kekurangan boy band atau boy group.
“Saya sebagai juri pada program Big Stage Alpha yang melihat perkembangan mereka saya rasa bangga apabila mereka menyampaikan lagu-lagu saya dengan baik, Komitmen yang mereka beri semasa latihan cukup luar biasa. Saya harap mereka akan terbang lebih tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Bujang itu tidak menolak untuk memberi sebuah lagu ciptaannya kepada kumpulan Alpha.
“InsyaAllah saya mahu, saya akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja kalau ada rezeki,” jawabnya ringkas.