Apa kata Artis Mengenai Kehadiran Bulan Ramadan

HAEL : Ramadan bulan yang mulia untuk kita jalani dan hayati. Sepanjang ramadan kita dapat memberi perhatian lebih kepada pengisian rohani, kerja amal dan lakukan refleksi terhadap apa yang kita telah lakukan selama ini serta ambil peluang untuk perbaiki segala kekurangan diri terutama sekali dari segi ibadah dan sahsiah diri.

Jazmy Juma: Ramadan is not just for being hungry and thirsty; it's also a time for appreciating and helping those who are truly in need. so overall, it's true worship.

IRFAN: Ramadhan bagi saya bulan yang sangat mulia untuk kita bersihkan hati dari segala dosa dan untuk menjadi seorang hamba Allah SWT yang lebih baik.

PUTERA: Ramadan bagi saya adalah peluang untuk kita membersihkan hati dan waktu untuk perbaiki diri supaya kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.

FIRDAUS RAHMAT: Bulan yang penuh dengan rasa syukur dan peluang untuk perbaiki diri.

MAWI: Bukan sahaja berpuasa dari makan dan minum. Tapi rohani kita juga perlu berpuasa.Berpuasa dari perkara2 yang boleh menggelapkan hati. Cari jalan untuk membersihkan hati kita dari sifat2 yang tidak baik. Bermula dengan RAMADAN kali ini dan harap2 berterusan juga dalam bulan2 yang lain. Semoga kita mengenali DIRI KITA ! ?



Nampaknya, semua dah “get ready” nak masuk Bulan Ramadan akan datang. Temui mereka di Jelajah Astro, Assalamualaikum Kuantan pada 8 Mac, bermula 4 petang Bersama UNIC, Hael, Firdaus Rahmat, Mawi, Putera Muhammad, Ameer, Jay Iskandar dan ramai lagi, serta dihoskan oleh personaliti Gegar, Issey dan Fizie yang disokong oleh radio Zayyan. Program yang cukup unik ini turut akan meraikan pelanggan Astro Rewards di mana bagi menghargai pelanggan setia menerusi Astro Rewards.

ara pelanggan boleh menebus ganjaran dan menikmati tawaran hebat menerusi aplikasi My Astro bermula hari ini sehingga 3 Mac. Pelanggan bertuah akan diberikan tiket front row eksklusif dan sesi istimewa bersama artis undangan.

Apa tunggu lagi? Jom raikan kehadiran Ramadan dengan meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati program Astro agar ia dapat meningkatkan iman, memberikan ilmu dan memenuhi inspirasi kehidupan harian kita.

Limpahi keberkatan Iman. Ilmu. Inspirasi yang dibawakan Astro Oasis untuk kita bersama meluangkan masa dan jadikan Masa Anugerah Terindah.

Rapatkan Ukhwah. Jumpa di Kuantan

Memori Terbaik Anda Sekeluarga. #MasaAnugerahTerindah #AssalamualaikumKuantan #AstroBaharu #TakMacamDulu