HIBURAN
Hael Husaini Tak Letak Harapan Tinggi, Syukur Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ Cipta Fenomena - “Saya Tak Pernah Jangka Yang…”
Penyanyi dan komposer, Hael Husaini menegaskan bahawa tiada istilah ‘sentuhan emas’ dalam setiap karya yang dihasilkannya meskipun beberapa lagu ciptaannya sebelum ini mencetuskan fenomena dalam industri muzik tempatan.
Jelas Hael, tidak semua lagu yang diciptanya berjaya mendapat sambutan namun dia tetap bersyukur apabila ada karya yang meraih perhatian luar biasa daripada pendengar.
“Tiada istilah apa yang disentuh menjadi emas, apa yang nampak kat luar sana itu yang berjaya tapi yang tak berjaya juga banyak dan bagi saya benda tu balance. Terpulang kepada rezeki masing-masing.
“Saya tak pernah letakkan tekanan apabila mencipta lagu sebab bila kita letakkan harapan yang tinggi semasa membuat lagu benda itu akan jadi tak natural, jadi penyampaian itu susah nak sampai lebih bila buat lagu jangan aim apa-apa buat daripada hati,” katanya.
Dalam pada itu, Hael atau Hal Husaini Razmi akui tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk merangkul anugerah itu sekali lagi menerusi lagu Bukan Lagi Kita.
Bagaimanapun, pelantun lagu Haram itu tetap meluahkan rasa syukur sekiranya lagu nyanyian Nadeera itu mampu mencipta sejarah yang sama seperti lagu Diam yang berjaya meraih anugerah Best Theme Song (or Title Theme) di Asian Academy Creative Awards 2024 (AACA 24) .
“Macam saya cakap, saya tak letak apa-apa harapan namun jika lagu itu diangkat saya rasa sangat bersyukur sebab untuk lagu Bukan Lagi Kita ini saya tak pernah jangka yang ianya akan menjadi satu fenomena untuk tahun ini.
Hael turut menzahirkan penghargaan terhadap Nadeera Zaini yang menurutnya telah bekerja keras menempatkan diri dalam industri.
“Tapi saya nak bagi credit dekat Nadeera sebab hasil kerja keras dia untuk berada dalam industri ini membuahkan hasil,” tambahnya lagi.
Terdahulu, lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera berjaya menduduki tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-39.
Must-Watch Video