HIBURAN
Hael Husaini Tampil Dengan Single Patriotik, Bangkit Malaysia
Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini muncul dengan single terbaharu berjudul Bangkit Malaysia.
Lagu ini merupakan single yang diterbitkan di bawah Rocketfuel Entertainment sempena kedatangan bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Bangkit Malaysia merupakan simbolik patriotisme Hael dalam menyampaikan rasa cintanya terhadap tanah air, digarap dengan melodi yang kuat dan mudah melekat di telinga.
Keindahan lagu ini turut disempurnakan dengan barisan lirik yang menggambarkan rasa kecintaan mendalam terhadap Malaysia.
“Bangkit Malaysia adalah luahan hati saya sebagai anak Malaysia. Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, saya ingin menyampaikan rasa cinta terhadap tanah air melalui sebuah lagu yang bukan sahaja mempunyai melodi kuat dan mudah diingati, tetapi juga lirik yang membangkitkan semangat patriotisme.
“Bersama Iqie Hugh, kami mencipta karya ini sebagai simbol kasih dan bangga saya terhadap Malaysia,” ujar Hael.
Single Bangkit Malaysia, ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh, dijangka menjadi salah satu lagu patriotik moden yang mampu menyentuh hati pendengar dan menghidupkan semangat cintakan negara menjelang sambutan kemerdekaan tahun ini.
Bangkit Malaysia kini boleh distrim di semua pelantar digital bermula 15 Ogos 2025.