Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Hael Husaini Usap Dagu Dayang Nurfaizah Sebab…

Asyraf Roslan 18/05/2025 | 06:55 MYT

Penyanyi, Dayang Nurfaizah menafikan momen ‘sweet’ bersama rakan duetnya, Hael Husaini ketika membuat persembahan di konsert MeleTOP TVS adalah perkara yang dirancang.

Jelas pelantun lagu Dayang Sayang Kamu itu, momen Hael Husaini mengusap dagunya itu terjadi secara spontan.

“Semasa nyanyi tadi dia tengok ada lipstik merah dekat dagu saya, jadi dia tolong lapkan nanti kang tak cantik pulak.
“Kalau peminat suka tengok apa yang jadi maksudnya kita berjaya menghiburkan peminat pada malam ini (Sabtu),” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty,43, turut menjelaskan apabila menyanyi secara duet penyanyi seharusnya melengkapi antara satu sama lain.

“Orang tak tahu on stage bila kita tengah menyanyi adalah benda yang kita nak capai so bila kita dapat mestilah kita akan gembira sebab kita menyokong antara satu sama lain.

“Sebab duet ini bukan hanya menyanyi bersama tapi ia perlu saling melengkapi,” tambahnya.

Dayang ditemui Gempak selepas selesai mengadakan persembahan di Konsert MeleTOP TVS.

Dalam acara sama, Dayang juga dianugerahkan Anugerah Khas Borneo sebagai tanda menghargai perjalanan seninya selama hampir lebih tiga dekad.
#Dayang Nurfaizah #Hael Husaini #Konsert MeleTOP TVS