UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Hael Menangis Lihat Persembahan Nadeera, Peminat Terharu - “Dia Memang Nak Angkat Nadeera Dalam…”

Asyraf Roslan 17/02/2025 | 03:55 MYT

Peminat penyanyi dan komposer Hael Husaini meluahkan rasa terharu apabila melihat Hael menangis sewaktu menonton persembahan Nadeera Zaini di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Menerusi hantaran di laman X, peminat dapat melihat betapa Hael benar-benar berusaha mengangkat nama Nadeera dalam industri muzik.

“To be honest kan, i tengok Hael memang nak angkat Nadeera dalam industry muzik ni. Boleh nampak cara dia push, jaga & rooting for Nadeera since day 1. Dia nampak dan percaya dengan bakat yang ada dalam diri Nadeera.

“and mind you walaupun bakat Nadeera tu besar, tapi dia sangat struggle untuk cipta nama. Pertandingan apa je yang dia tak join & menang? Hampir berputus asa. Then Hael bagi dia lagu, Hael sendiri yang beria2 promo.

“Time semifinal tu pun nampak sangat muka Hael tak happy nama Nadeera belum disebut. Hael macam, "kalau aku dapat, kau mesti dapat jugak" & as abang, "kalau aku tak dapat tidak apa, yang penting kau dapat. Faham tak macam mana Hael rooting for Nadeera tu??? Malam ni pun dia paling happy Nadeera menang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan itu. Mereka turut meramalkan bahawa Nadeera berpotensi untuk mengikut jejak langkah Dayang Nurfaizah, terutamanya dalam menghasilkan karya berkualiti bersama Hael Husaini.
“Alhamdulillah. Apabila seorang guru ikhlas dalam mendidik anak muridnya, insyaAllah kejayaan menanti.
“Tahniah hael..buat lagu yang Superb untuk nadeera..kejayaan Nadeera adalah kejayaan Hael jugak ..Tahniahhh ..Layakkkk
“Kalau Hael jaga Nadeera, she will be the next Dayang Nurfaizah. Trust me
“Hael develop Nadeera ikut footstep Dayang - exclusive, expensive, clean and classy,” kata netizen.
Cubaan pertama Nadeera Zaini membawakan lagu Bukan Lagi Kita, ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh, membuahkan hasil apabila lagu tersebut berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara AJL39.

#Hael Husaini #Nadeera Zaini #AJL39 #Bukan Lagi Kita