Hael Tersasul, Fouziah Gous Berbusana Mirip Siti, Ini Antara Momen Emas Sempena Majlis Hari Jadi Siti Nurhaliza Ke-40!

Amri Hassan
Januari 14, 2019 04:33 MYT
Puspita hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah meraikan ulang tahun kelahirannya ke-40 pada Jumaat lalu (11 Januari 2019).
Berlangsung penuh meriah bertemakan kilauan warna emas, Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur menjadi saksi majlis tersebut.
Majlis ulang tahun kelahiran Siti bertanda pagarkan #SitiGolden40th dihadiri oleh deretan nama besar negara.
Kiranya Gempak masih belum move-on dengan majlis #SitiGolden40th, jadi kami kongsikan momen-momen indah pada malam tersebut.
1. Sepertimana temanya, tetamu yang hadir ke majlis itu menepati tema dengan mengenakan busana berona emas.
2. Siti juga menyarung pantsuit emas rekaan Rizman Ruzaini.
3. Lucunya, busana yang digayakan oleh Datin Fouziah Gous mirip-mirip dengan busana Siti. But, there is nothing wrong in this industry kan!
4. Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu Ragaman (Faizal Tahir) dan Seluruh Cinta dari bintang Big Stage, Syafiq Farhain, Fara Hezel dan Sissy Iman.
5. Khai Bahar dan Lan Solo turut dijemput untuk menyanyikan lagu popular Siti, Anta Permana dan Wajah Kekasih. Power!
6. Hael Husaini turut menghiburkan tetamu. Dek terlalu teruja memberikan ucapan sampaikan tersasul ucap 'Selamat Pengantin Baru' buat Siti. Aduhai...
7. Paling dinanti-nantikan pastilah upacara memotong kek hari jadi. Wah sampai dua biji kek setinggi lima tingkat dan tiga tingkat meraikan 'birthday girl' tau. Ketika itu seisi dewan bangun menyanyikan lagu 'Happy Birthday' buat siti.
8. Siti turut menghadiahkan sebentuk gelang emas buat ibunya tercinta, Siti Salmah Bachik.
9. Siti tak melepaskan peluang untuk menghiburkan tetamu yang hadir ke majlis hari jadinya, Can't Take My Eyes Off You (Joseph Vincent) menjadi pilihan Siti.
10. Tetamu yang hadir beratur panjang untuk bergambar kenangan bersama Siti. Majlis berakhir sekitar pukul 12 tengah malam! Such a beautiful moment to remember!
Kami di Gempak sekali lagi merakamkan ucapan Selamat Hari Jadi buat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Teruslah menjadi intan dan bintang buat kami.
#Hari Jadi #Datuk Seri siti Nurhaliza #Siti Golden 40th