Hafeez Mikail Nak Perlahankan Kerjaya Lakonan, Sedar Diri Tak 'Famous' Macam Pelakon Baharu - "Tapi Bukan Bermaksud Saya Merajuk Atau Nak Berhenti"
Zulaikha Yusof
30/06/2021 12:32 MYT
30/06/2021 12:32 MYT
Pelakon Hafeez Mikail, 29, mendedahkan bidang lakonan bukan lagi menjadi sumber pendapatan utamanya dalam mencari rezeki.
Menurut Hafeez atau nama sebenarnya Muhd Hafiz Muhd Zaki, dia sedar popularitinya makin menghilang dengan lambakan pelakon baharu yang mempunyai lebih ramai pengikut.
Namun, itu bukan tanda dia merajuk atau ingin berhenti sebagai anak seni.
"Dulu dunia lakonan adalah pendapatan utama. Tapi sekarang ramai pelakon baharu yang lebih berbakat serta mempunyai followers yang ramai.
"Saya tahu satu hari nanti nama saya akan fade away..takkan laku. Jadi tak mengapalah..saya tak famous.
"Sekarang ini saya buat kerja ni (berlakon) sebagai hobi, mungkin saya akan lebih pilih job sebab sudah sampai masanya saya memperlahankan kerjaya seni.
"Tapi bukan bermaksud saya merajuk, I love my job. Saya tak akan berhenti, saya akan terus berlakon kerana sudah melakukan kerja ini sejak berusia 16 tahun," katanya kepada Gempak.
Hafreez ditemui ketika sidang media drama Hatimu Sedingin Salju yang diadakan secara maya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Hati Perempuan ini menyatakan dia masih menerima tawaran berlakon setiap bulan.
Katanya, ada yang terpaksa ditolak kerana sibuk menguruskan perniagaan kedai makan dan bidang perundingan kewangan.
"Nak kata kurang tawaran berlakon tak juga, setiap bulan tu ada saja penggambaran. Mungkin tak terlalu ke tengah.
"Hakikatnya ada job sampai ada masanya kena tolak sebab sekarang saya ada bisnes sendiri, jadi tak ambil watak besar," katanya lagi.