Laman Utama

Hafidz & Shuhada Tak Capai Persetujuan Hak Jagaan Anak- Anak, Sebutan Semula Kes Hadanah Ditetapkan Pada 12 September Depan

gempak
Syafiqah Jalal
12/06/2023
11:51 MYT
Sponsor Banner
Hafidz & Shuhada Tak Capai Persetujuan Hak Jagaan Anak- Anak, Sebutan Semula Kes Hadanah Ditetapkan Pada 12 September Depan
Pelakon Hafidz Roshdi, 29, dan isteri Nurul Shuhada Mat Shukri tidak mencapai persetujuan ketika proses hadanah (hal anak) berlangsung di Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam petang tadi.
Kata peguam yang mewakili Hafidz, Umi Kartini Abdul Latif sebutan semula kes hadanah akan berlangsung pada 12 September hadapan.
"Kita baru sahaja selesai menjalankan proses sulh dengan kehadiran kedua-dua pihak.
"Apa yang boleh kita katakan tarikh untuk sebutan semula adalah pada 12 September 2023 sebab tiada penyelesaian dan persetujuan dicapai sebentar tadi.
"Kami berbincang mengenai proses lawatan dan kes berkaitan hadanah iaitu anak-anak. Ia berlangsung dihadapan pegawai sulh.
"Namun apabila tidak dapat mencapai persetujuan kami terpaksa teruskan di mahkamah," katanya kepada Astro Gempak.
Peguam dan Hafidz ditemui selepas selesai proses sulh dan hadanah di mahkamah berkenaan.
Kata Umi lagi, pihak mereka tidka menolak apa-apa perbincangan yang berlaku sebelum tarikh prosiding akan datang.
"Tuntuan berkaitan hak lawatan anak-anak kita masih boleh berkompromi untuk perbincangan dan sebagainya sementara menunggu tarikh sebutan semula itu.
"Sekiranya ada penyelesain di capai kami akan maklumkan kepada pihak mahkamah kerana ia membabitkan anak-anak dan kedua pihak ada hak masing-masing," ujarnya lagi.
Sementara itu, Hafidz yang kelihatan suram sebaik sahaja keluar daripada selesai peoses berkenaan tidak mahu memberi sebarang komen.
"No komen, apa-apa boleh bertanya dengan peguam saya," jawabnya.
Pada 18 April lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah (hak penjagaan) iaitu penuh dan interim (sementara) pula pada 12 Mei terhadap dua anaknya Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Difahamkan, hadanah interim difailkan agar anak guamnya diberi hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anak.
Mahkamah Rendah Syariah juga menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada.
Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah sama pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Untuk rekod, Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan iaitu Humairah dan Umar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live