HIBURAN

Hafiz Mahamad Pertahan Isteri, Bidas Kritikan Terhadap Syafiqah Aina - “Letak Lah 100 Maid Pun Tak Jalan Kalau…”

Mya Amri 18/07/2025 | 00:55 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad tampil mempertahankan isterinya, Syafiqa Aina, daripada kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan keupayaannya sebagai seorang suri rumah.

Hafiz pertahan isteri, bagus uruskan rumah tangga


Menerusi hantaran di Insta Story, Hafiz meluahkan rasa kurang senang terhadap komen-komen yang seolah-olah merendahkan usaha dan peranan isterinya dalam menguruskan hal rumah tangga.

Menurut Hafiz, meskipun mereka mempunyai pembantu rumah dan staf peribadi, namun Aina tetap memilih untuk melakukan sendiri kebanyakan tugas harian kerana memberi kepuasan buat dirinya.

“Saya sangat tak suka orang judge kebolehan atau usaha isteri saya macam ni. Mai saya jelaskan.

“Walaupun ada helper. Bila bab masak, Aina memang konsisten masak sendiri untuk saya. Mengemas rumah pun setiap hari memang saya nampak dia mengemas sebab dia rasa puas bila mengemas cara dia


“Saya ada pemandu dan PA nak dekat empat orang. Tapi hantar anak sekolah, masih lagi Aina sendiri. Setiap pagi bangun, siapkan anak dan hantar ke sekolah pun sendiri,” jelasnya.

Aina lebih selesa urus hal rumah tangga sendiri


Malah kata Hafiz, Aina sememangnya tidak selesa dengan kehadiran orang di luar untuk menguruskan hal rumah tangga.

“Aina memang dari dulu tak suka ada maid sebab tak biasa ada orang luar dalam rumah. Saya yang nak ada maid untuk mudahkan isteri.

“Cuma perangai Aina ni dia memang suka buat semua benda sendiri. Yang mengarah maid itu ini adalah saya.


“Kalau Aina, kebanyakannya dia selesaikan sendiri. Saya respect dan salute usaha Aina. Saya takkan boleh terima kalau orang lain nak kata Aina boleh sebab itulah, ini lah.

“Dia boleh sebab dia nak dan usaha dia. Kalau Kalau tak ada usaha, letak lah 100 maid pun tak jalan juga. Saya jarang respon benda macam ini, tetapi ini tentang usaha isteri saya.

“Saya nampak dan saya hormat apa yang dia buat untuk keluarga walaupun sekecil semut usahanya,” tegasnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Hafiz:

#Isteri #Hafiz Mahamad #Syafiqah Aina