Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Hafiz Suip Kemalangan, Patah Tulang Jari

Mya Amri 07/10/2019 | 10:43 MYT
Penyanyi Hafiz Suip mendedahkan terlibat dalam kemalangan.
Hafiz memberitahu perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua... Jiwa kena kental brader,” tulisnya.

Assalamualaikum semua...jiwa kena kental brader

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Posting berkenaan juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan bahagian tangan dan jarinya berbalut manakala lututnya juga mengalami luka.
Menerusi ruangan komen, Hafiz menyatakan dia mengalami kemalangan dan disahkan patah tulang jari.
“@epgrooz dugaan pul...patah tulang jari,” tulisnya membalas komen rakannya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Hafiz cepat sembuh dan berharap penyanyi itu berehat secukupnya.
“Waalaikumsalam... Moga diberi kesembuhan ya @hafizsuip,” komen @lyna_rnizi
“Fast recovery and get well soon bro,” tulis @wanayie175
Terdahulu, Hafiz dan Effy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.
#Penyanyi #Hafiz Suip #Penyanyi
;