Haflin Nazri Aziz Mahu Jual Villa Danialla Pada Harga RM24 Juta - “Ini Bukan Keputusan Yang Mudah..”
Azwa Rahman
24/03/2022 11:23 MYT
24/03/2022 11:23 MYT
Isteri kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datin Seri Haflin Saiful bakal menjual Villa Danialla Beach Resort miliknya yang terletak di Kandis, Jalan Tok Bali, Bachok Kelantan pada harga RM24 juta.
Memetik laporan Sinar Harian, Haflin selaku Pengarah Urusan villa berkenaan membuat keputusan tersebut dengan berat hati memandangkan pembinaannya adalah hasil titik peluh Allahyarham ibunya, Datuk Siti Hamidah Hamat.
“Saya akui saya sayangkan resort ini sebab ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi melibatkan arwah ibu saya. Bermula dari tanaman pokok, hiasan, konsep, semuanya idea arwah,” katanya.
Menurutnya lagi, keputusan untuk melepaskan pusat peranginan tersebut disebabkan beberapa alasan kukuh, antaranya kerana kekangan masa untuk menguruskan pusat peranginan berkenaan.
Tambah Haflin, 39, pusat peranginan berkenaan perlu dikendalikan mereka yang berpengalaman dalam bidang perhotelan dan pelancongan supaya legasi resort itu dapat diteruskan dengan baik.
“Villa ini terletak di kawasan yang sangat strategik di Tok Bali dan ia sudah dikenali ramai. Oleh sebab itu saya berharap pembeli tersebut dapat mengendalinya dengan sebaik mungkin selepas ini.
“Ini bukan satu keputusan yang mudah, namun saya berharap dengan keputusan ini, ia akan memberi lebih kebaikan kepada villa dan memberi manfaat kepada sektor pelancongan di kawasan ini,” jelasnya lagi.
Villa Danialla Beach Resort dibina di atas tanah berkeluasan 3.4 hektar itu mempunyai 79 bilik, dua dewan dan satu kolam renang infiniti menghadap pantai.
Tahun lalu, Haflin didakwa melanggar kuarantin kendiri apabila dia dilihat keluar ke pantai villa tersebut selepas disahkan positif COVID-19.