Pelakon Hafreez Adam akui kekok apabila digandingkan dengan pelakon baru yang juga merupakan adik kepada Anzalna, Afifah Nasir dalam drama terbaru, Pengantinku Jatuh Dari Langit.
“Pada mulanya memang rasa agak kekok berlakon dengan dia (Afifah), rasa takut pun ada juga sebab saya tak pernah kenal dia.
“Lagipun kami shooting berasingan, dia bahagian dia, saya bahagian saya dan hampir nak dekat sebulan baru kami dapat jumpa di set pengambaran.
“Namun begitu, lama kelamaan saya sudah mendapat rentak dan perkara tersebut dapat diatasi.
“Dia seorang yang menyenangkan dan saya selesa bekerja dengan dia, dan saya harap lakonan kami ini diterima baik oleh penonton,” katanya.
Hafreez ditemui dimajlis pelancaran drama bersiri Pengantinku Jatuh Dari Langit baru-baru ini.
Dalam pada itu mengulas mengenai kerjayanya, Hafreez memberitahu dia kini tidak lagi bernaung di bawah pengurusan Uprising Entertainment sejak bulan lalu.
Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini menjelaskan perkara itu bukanlah kerana mempunyai masalah dengan syarikat berkenaan sebalik dia ingin cuba berdikari dalam menguruskan hal kerjayanya.
“Keputusan itu dibuat atas perbincangan bersama pihak pengurusan dan semuanya berada dalam keadaan baik.
“Saya buat keputusan itu bukan kerana ada masalah dengan syarikat, tidak. Sebaliknya saya nak cuba berdikari dan uruskan kerjaya sendiri.
“Saya kini sedang melatih kakak dan adik lelaki untuk menjadi pengurus dan pembantu peribadi saya.
“Tak susah nak melatih mereka kerana sebelum ini pun mereka terdedah dengan kerja saya dan dah biasa mengikuti saya ke majlis-majlis tertentu.
“Lagipun, saya lebih selesa sekiranya keluarga yang uruskan kerjaya kerana mereka lebih faham keperkuan dan kehendak saya,” jelasnya.
Dalam perkembangan terbaru, Hafreez memegang watak utama dalam drama Pengantinku Jatuh Dari Langit.
Drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan Afifah Nasir, Faye Kusairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, Kismah Johar dan Azam Pitt.
Pengantinku Jatuh Dari Langit bakal bersiaran pada 30 November ini setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di HyppSensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV).
Teks oleh: Mya Amri
Mya Amri
Mon Nov 14 2016
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.