gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Guang, Sepet Antara Filem Ditayang Semula Di Festival Filem China-Malaysia
BERITA
Bekas Puteri Jepun, Mako, Selamat Lahirkan Anak Sulung
HIBURAN
Ikmal Amry Kongsi Cara Kekalkan Keharmonian Rumah Tangga - “ Jangan Bagi Ada Ruang Untuk Dia Fikir Bukan-Bukan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Hafreez Adam Hormati Keputusan Aza Azmi Menyepi Dari Dunia Seni - “Saya Rasa Mungkin Dia Perlu…”

gempak
Ainun Md Zooki
31/05/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Hafreez Adam Hormati Keputusan Aza Azmi Menyepi Dari Dunia Seni - “Saya Rasa Mungkin Dia Perlu…”
Pelakon, Hafreez Adam tampil mengulas tentang kehilangan rakan baiknya, Aza Azmi yang dikatakan menyepi dari dunia seni sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Hafreez, atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, 34, dia menghormati keputusan Aza yang mungkin memilih untuk mengambil untuk masa berehat sementara waktu.
“Saya last contact dia tahun 2021 atau 2022. Lepas waktu dia hilang tu memang dia tak reply saya langsung. Saya masih lagi contact dia cuma bila saya mesej tu dia tidak berjawab.

“Saya rasa mungkin dia memerlukan masa untuk diri sendiri. Kalau ikutkan, bukan sebagai kawan sahaja tetapi sebagai manusia pun, untuk sesiapa sahaja walaupun saya kenal atau tidak, orang tu memerlukan ruang sendiri, kita patut menghormati dia,” katanya kepada Gempak.

Hafreez berkata demikian ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah aktor itu lagi, tekanan dalam industri hiburan mungkin menjadi faktor yang mendorong Aza untuk menyepi dan menjauhkan diri buat sementara waktu.

“Sebab tu la saya cakap, mungkin setengah orang penat dengan dunia ni. Maksud saya adalah, dalam dunia hiburan. Kita semua tahu dunia ini ada banyak tekanan yang tersendiri dan mungkin after few year dia rasa macam dunia hiburan ini bukanlah dunia dia sebab itulah dia keluar untuk mencari ruangnya sendiri.

“Tak bermakna dia fade up, mungkin dia memerlukan ruang untuk berehat sahaja dan kita tak tahu bila yang dia akan kembali semula dalam dunia lakonan,” kongsinya.
Walaupun sudah lama tidak berhubung, Hafreez tetap menyimpan harapan agar rakan baiknya itu berada dalam keadaan yang baik dan akan kembali apabila dia sudah bersedia untuk meneruskan karier seninya sebagai seorang pelakon.
“Apa apa pun perkara yang terbaik adalah untuk berdoa kesejahteraan mereka sahaja sebenarnya.
“Kalau dia ada niat untuk kembali, sebagai peminat atau kawan kawan, kita sambut sahaja. Hopefully dia okay sahajalah sekarang ni,” katanya.

BERITA BERKAITAN: Jurusolek Kongsi Momen Bertemu Azar Azmi Secara Kebetulan - “Dia Cerita Kenapa Hilangkan Diri, Hampir Kami Menangis”

BERITA BERKAITAN: Makin Cantik! Peminat Teruja Lihat Penampilan Azar Azmi Berhijab - “Bila Dia Nak Comeback?”

BERITA BERKAITAN: Lakonan Terdahulu Dikatakan ‘Kayu’, Hafreez Adam Tak Ambil Hati - “Saya Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Dengan...”

BERITA BERKAITAN: Raja Azura Puji Lakonan Hafreez Adam Dah Tak ‘Kayu’ - “Saya Nampak Kematangan Dalam…”

Topic Berkaitan
#Hafreez Adam
#Dunia
#Tekanan
#Lakonan
#Sepi
#Ruang
#Aza Azmi
Must-Watch Video