Hafreez Adam Pesan Jaga Sensitiviti Isu Kesihatan Mental - "Jangan Pergi Kepada Mereka & Cakap Seperti…”
Asyikin Mayudin
07/02/2023 00:55 MYT
07/02/2023 00:55 MYT
Pelakon Hafreez Adam berharap masyarakat berhenti meminta orang yang berdepan masalah kesihatan mental untuk menjaga solat, banyakkan mengaji Al-Quran dan sebagainya.
Menurut Hafreez, semestinya mereka yang berdepan masalah itu sudah melakukan perkara tersebut namun memilih untuk tidak berkongsi di laman sosial.
“Bila orang share / cerita fasal isu mental health. Jangan pergi kepada mereka dan cakap seperti ‘jaga solat’, ‘banyakkan mengaji’ dan sebagainya.
“Sebab anda tak tahu apa yang mereka lalui, anda tak tahu apa mereka sudah lalui untuk rasa lebih baik. Anda tak tahu apa-apa. Saya tidak cakap ia salah, sebab ia sememangnya betul.
“Tapi anda kena ingat satu perkara, tak semua orang post gambar atas sejadah. Tak post, tak bermakna orang tak buat. Bayangkan kalau orang itu buat semua itu, solat, mengaji dan sebagainya, tapi still ada isu.
“Dengan anda beritahu semua itu, sementara mereka sudah pun melakukannya sebab hanya Allah yang tahu bila. Bagaimana anda fikirkan itu akan buat mereka rasa?” kata Hafreez.
Hafreez menerusi perkongsian yang sama di Instagram turut memberi peringatan kepada semua orang agar tidak mengambil ringan isu melibatkan kesihatan mental.
“Dan ingatkan, setiap orang, ujian dia berbeza. Perkara terakhir yang anda boleh lakukan, berdoa untuk mereka. Secara peribadi. Jangan ambil ringan sangat isu mental health ni.
“Rasa dia tak best. Kau orang break up dengan girlfriend/boyfriend pun menangis 13 hari. Sampai tak nak makan apa semua. Tu, at least Kau orang tahu kenapa Kau orang rasa macam tu.
“Bayangkan orang yang rasa down, tapi tak tahu punca? Senang ke nak okay kalau punca pun tak tahu? Be nice guys. Be nice,” ujarnya lagi.