Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

HaHa Lega, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

Mya Amri 22/03/2017 | 12:56 MYT
Anggota Running Man, HaHa berasa lega sebaik sahaja isterinya, Byul selamat melahirkan putera kedua mereka hari ini.
Menurut wakil pasangan berkenaan, Byul dan anak lelakinya itu berada dalam keadaan sihat.
“Byul selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan mereka berdua berada dalam keadaan sihat.
“Setakat ini, HaHa dan Byul masih lagi belum memberikan nama kepada bayi mereka, namun hanya mempunyai nama panggilan iaitu So Wool.
“HaHa sangat bersyukur dan dia kini berasa sangat gembira dengan kehadiran anak keduanya itu,” katanya.
Terdahulu, Haha dan Byul telah berkahwin pada tahun 2012 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki pada bulan Julai 2013 yang diberi nama Dream.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Soompi, Allkpop
#Anak #Running Man #Artis Korea #Haha #Running Man
;