HaHa Pilih Nama Song Yi, Kongsi Foto Anak Ketiga

Mya Amri
Julai 17, 2019 15:30 MYT
Anggota Running Man, HaHa dan isterinya, Byul memilih nama Song Yi untuk anak ketiganya.
HaHa menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto yang merakamkan dirinya sedang memangku kepala anaknya sambil tersenyum.
Selain itu HaHa juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Byul bersama anak perempuan sulungnya itu.
BACA: Isteri Selamat Bersalin Anak Ketiga, HaHa Running Man Akhirnya Dapat Baby Girl
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti itu.
Terdahulu, Haha dan Byul telah berkahwin pada tahun 2012 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Dream pada tahun 2013 dan So Wool pada tahun 2017.
#Running Man #Haha #Running Man #Byul