"Hai Little Gorgeous Mermaid" - Muat Naik Video Berenang, Lara Alana Dapat Pujian Netizen!

Zulaikha Yusof
Oktober 29, 2018 23:22 MYT
Rakaman video anak kepada selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana mendapat perhatian netizen.
Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) milik Lara itu menunjukkan gelagatnya ketika berenang di kolam renang.
Menerusi video tersebut, Lara kelihatan lincah berenang tanpa menggunakan pelampung malah berani melakukan aksi menyelam di usia empat tahun.
Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kepandaian Lara menahan nafas di dalam air serta cemburu dengan kepandaian dirinya.
"@relawatijalinus: Cutenya dia dalam air..Pandai berenang..Aunty pun tak pandai berenang."
"@kiwi_daniel: Wow! A big clap to Lara! Such a good swimmer and I can see that she's enjoying every single minute of it."
"@rozny_abakar: She can smile well and yet still can smile even dalam air."
Malah ada segelintir pengikut yang menyamakan Lara dengan 'mermaid'.
"@ween.kaisah: Lara ni dari kecil macam duyung. Pandai berenang tak takut air..So cute."
"@atai_78: Hai little gorgeous mermaid."
"@sharida_sherry: Terrornya Lara swim..Macam mermaid dah."
#Scha Alyahya #Awal Ashaari #Lara Alana