Hiburan
“Haih Gugur Iman, Tolong Kutipkan Please” - Buat Rambut Kerinting Pun Aedy Ashraf Tetap Handsome
Pelakon Aedy Ashraf menarik perhatian peminat dengan penampilan rambut terbarunya.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Aedy memuat naik video pendek yang merakamkan dirinya menunjukkan rambut baru berkenaan.
Walaupun tidak menulis sebarang kapsyen, peminat tetap tertarik dengan gaya unik rambut pelakon kacak itu.
Pelbagai reaksi positif diberikan di ruangan komen yang rata-ratanya memuji kekacakan wajah dan kesesuaian gaya rambutnya.
“Ya Allah, haih gugurlah iman ni tolong kutipkan please @aedyxashraf,” komen @fiebunga
“Aduh awat handsome ngat nih,” puji @izatii
Terdahulu, Aedy sebelum ini terkenal dengan jolokan tarzan Malaysia kerana memiliki wajah yang kacak dan berambut yang panjang.
Foto: Instagram @aedyxashraf
Must-Watch Video