Penyanyi veteran popular Hail Amir menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Anugerah berkenaan diterima Datuk Hail Amir pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara pada Selasa.
Hail berkata, Darjah Kebesaran PMW yang dikurniakan memberi makna cukup besar apatah lagi ketika hayat masih dikandung badan selepas lima dekad mengabdikan diri dalam dunia seni.
"Saya dimaklumkan mengenai penganugerahan ini kira-kira seminggu lalu. Apabila ada pihak hendak beri anugerah, saya terima dengan hati terbuka.
"Selain penghargaan atas sumbangan yang diberi dalam dunia lakonan dan nyanyian, saya bersyukur pingat kebesaran dianugerahkan ketika hayat saya masih ada.
"Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kerana menghargai dan tidak mengetepikan insan seni seperti kami," katanya kepada BH Online.
Berkongsi perkembangan terkini, Hail yang popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba memberitahu, beliau masih aktif membuat persembahan biarpun tidak sekerap dahulu.
"Setiap hujung minggu, saya menghiburkan pengunjung restoran D'Empangan Udang Galah, Putrajaya bersama penyanyi lain seperti Rohana Jali, Shidee, Razis Ismail dan ramai lagi.
"Saya bersyukur kerana pada usia begini, saya dikurniakan kesihatan baik," katanya.
Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Hail yang berasal dari Pulau Pinang, terkenal sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid.
Lagu popular mereka seperti Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi siulan ramai hingga hari ini.
Selain menyanyi, bapa kepada empat cahaya mata ini terkenal di layar perak. Antara filem popular lakonannya adalah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.
Sumber: BH Online
Fiza Kamarudin
Wed Feb 09 2022


Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.
.jpg?ext=.jpg)
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.

Ibu Azhan Rani Puji Watak Wahid Dalam Mat Kilau - “Beto, Mak Aku Kata ‘Pandai Beto Ni, Mak Nangis Masa Dia Mati’…”
Memang best!

Lelaki B*gel Tunggang Motosikal Lari Selepas Bunuh Isteri & Bayi Usia 44 Hari?
Viral video lelaki tunggang motosikal sambil berbogel.

“Hilang Kata… Alhamdulillah Terima Kasih” - Cecah RM47 Juta, Mat Kilau Pecah Rekod Munafik 2
Power Mat Kilau ni lain macam. Tahniah.

“Bakal Dikecam, Dihina, Dimaki Tapi…”- Iqram Dinzly Berlakon Jadi Suami Yang…
Jahat sangat ke Iqram Dinzly?

Karaoke Superstar Minggu 5 - Highlight & Komen Juri
Layan teruk weh Karaoke Superstar Minggu 5! Korang enjoy tak layan? Kalau nak tengok lebih lagi...dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my #KaraokeSuperstar #astrogempak

“Tak Mintak Free. Tak Mintak Diskaun Pun. Class Act” - Pemilik Restoran Di London Puji Siti Bantu Promosi Kedai Secara Percuma
Memang ada kelas!

Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!