Hairul Azreen Bercuti Naik Heli Mewah, Netizen Suka Siap Komen – “Ini Baru Kayangan Sebenar, Tak Payah Acah Tabur Duit”
Mya Amri
14/10/2021 05:46 MYT
14/10/2021 05:46 MYT
Pelakon, Hairul Azreen mencuri tumpuan netizen apabila membawa isteri dan anak-anak tersayang bercuti ke sebuah pulau dengan menaiki helicopter mewah.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Hairul telah memuat naik video pendek yang merakamkan gelagat anak-anaknya, Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 2, sepanjang berada di dalam helicopter.
“Bercuti dengan keluarga saya selepas sekian lama. Dari Kuala Lumpur ke pulau,” tulis Hairul ringkas.
Malah menerusi ruangan komen juga, Hairul memaklumkan ini merupakan percutian pertama buat anak keduanya, Alisa.
“Pertama kali Alisa bercuti, baby MCO,” tulisnya pendek.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan menyukai pasangan ini.
Mereka juga memuji Hairul dan Hanis yang sebelum ini tidak terlalu menunjuk-nunjuk kekayaan mereka sebaliknya berkongsi dengan cara yang sederhana dan tidak menjengkelkan.
Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Pada 2017, Hairul dan Hanis juga pernah mendapat perhatian netizen kerana percutian mewah mereka ke Maldives dan mendakwa Villa yang diduduki pasangan ini juga mencecah sehingga RM13,000 semalaman.