Laman Utama

Hairul Azreen & Hanis Zalikha Tak Ada Maid, Sepakat Bahagi Kerja Rumah - "Saya Mandikan Yusuf, Keknis Mandikan Alisa"

gempak
Zulaikha Yusof
16/06/2021
10:00 MYT
Sponsor Banner
Hairul Azreen & Hanis Zalikha Tak Ada Maid, Sepakat Bahagi Kerja Rumah - "Saya Mandikan Yusuf, Keknis Mandikan Alisa"
Pelakon Hairul Azreen, 33, mendedahkan dia dan isteri, Hanis Zalikha, 31, tidak mempunyai pembantu rumah bagi menolong mereka.
Menurut Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata dia dan Hanis sepakat untuk membahagikan tugasan kerja di rumah.
"Saya kena kemas rumah sebab kami tak ada pembantu rumah, sekali saja seumur hidup saya ada pembantu. Tu pun dah balik for good.
"Walaupun beras saya beli haha tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah tu kerja saya. Kami bahagi tugas masing-masing. Keknis (Hanis) dia cuci baju, lipat kain semua la.
"Saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa," tulisnya di Instagram Stories.
Dalam posting yang berbeza, pelakon filem Paskal itu menunjukkan foto sinki yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang belum dicuci.
"Kalau ada pembantu rumah, tak akan jadi macam ni," tulisnya lagi.
Sebelum ini, artikel Gempak pada 10 Jun mengenai cara Hanis mendidik Yusof dan Alisa telah menjadi ruang pertikaian netizen yang mendakwa pasangan ini mempunyai pembantu rumah.
Terdahulu, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024