Hiburan

Hairul Azreen Kongsi Tips Hanis Zalikha Langsing Dalam Masa Kurang Dua Bulan Lepas Bersalin

gempak
Fiza Kamarudin
02/07/2019
06:45 MYT
Sponsor Banner
Hairul Azreen Kongsi Tips Hanis Zalikha Langsing Dalam Masa Kurang Dua Bulan Lepas Bersalin
Netizen menyatakan rasa kagum melihat penampilan terbaru Hanis Zalikha selepas melahirkan anak keduanya, Alisa Aisyah, pada Mei lalu.
Menerusi ruangan komen pada foto yang dimuat naik Hanis baru-baru ini, ramai netizen memuji bentuk badan isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu.
Selain itu, rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Diana Danielle, Nadia Nissa dan ramai lagi memuji Hanis yang kelihatan seperti anak dara, meskipun sudah memiliki dua orang anak.
Komen-komen daripada netizen dan rakan artis telah menyebabkan Hairul Azreen tampil berkongsi rahsia isterinya langsing dalam masa kurang dua bulan.
Pada ruangan komen, Hairul Azreen memberitahu, isterinya itu sangat berdisiplin menjaga pantang.
“Satu je nak cakap disiplin keknis jaga pantang sangat tinggi! Saya jaga diet pun tak sehebat dia…That’s my girl,” tulisnya pada ruangan komen sekaligus menjawab soalan semua pihak mengenai bentuk tubuh isterinya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live