Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hairul Azreen Paksa Anak Buat 'Handstand', Enggan Dengar Teguran Dr. Sheikh Muszaphar ... "Nasihat Supaya Orang Lain Tak Tiru"

Amri Hassan
14/10/2019 06:33 MYT
Gerun! Itu antara komen yang ditulis peminat apabila melihat pelakon Hairul Azreen memegang anak bongsunya, Alisa Aisyah dengan cara handstand.

Difahamkan menurut info yang dikongsikan Hairul, aksi itu dilakukannya baru-baru ini ketika Alisa berusia empat bulan.

Namun, aksi mendebarkan itu turut mendapat respon daripada angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang bertindak menegur tindakan tersebut.

"Salam Hairul, apa yang kamu lakukan sebenarnya adalah dengan mengunci lututnya untuk membuatkan dia tegak berdiri.

"Ia mungkin boleh menyebabkan kebengkokkan sendi lutut (bowing of the knee) kemudian hari kerana anak itu masih belum bersedia.

"Itulah sebabnya seseorang kanak-kanak akan bersedia untuk berdiri dengan sendiri apabila tulang dan ototnya sudah cukup kuat.

"Tekanan sedemikian adalah tidak perlu terutama pada sambungan lutut. Itu sekadar nasihat supaya orang lain tidak menirunya," tulis Sheikh Muszaphar.



Bagaimanapun komen nasihat itu telah dipadamkan Hairul daripada ruangan komen pada rakaman video terbabit.

Tindakan sedemikian mengundang rasa kecewa dalam kalangan peminat pelakon itu.

"Kenapa abang Hairul tak nak terima teguran? Dr. Sheikh Muszaphar dah tegur tu, kenapa delete komen dia?" soal salah seorang pengguna.






Mengimbas semula, Hairul yang terkenal dengan aktiviti lasak dan lagak ngeri pernah melakukan aksi sama ketika anak sulungnya, Yusuf Iskandar masih kecil beberapa tahun lalu.

Hairul dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata Yusuf, 2, dan Alisa, 4 bulan.
#Viral #Hairul Azreen #Viral #Dr. Sheikh Muszaphar #Handstand
;