Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Haiwan Pun Tak Lalu Nak Hidup" – Penyewa Dari Neraka… Rumah Penuh Sampah Ini Buat Netizen Loya!

Hanafis Haris
02/10/2019 10:29 MYT
Penyewa dari neraka, itu gelaran diberi oleh netizen terhadap kelakuan penyewa sebuah rumah yang terletak di Flat Bukit Gedong, Pulau Pinang.

Menerusi satu posting di laman Facebook, individu dikenali sebagai Hang Dhanim berkongsi beberapa keping gambar berserta video yang memaparkan keadaan rumah tersebut.

"Sebelum ini tengok gambar viral rumah kotor, sekarang dapat lihat sendiri.

"Rasa macam tak logik sebab kotor sangat. Pening kepala bila nak kemas tu. Mana nak mula," katanya.

Tambahnya, proses untuk dapatkan kembali kunci dari penyewa juga bukan satu perkara mudah.

"Kena lapor polis untuk keselamatan dan upah peguam. Dah la sewa tak bayar, satu rumah penuh sampah.

“Malas nak cerita panjang tengoklah video kami kemas bagai nak gila. Kos sewa lori punggah sampah pun dah beribu belum nak baiki dalam-dalam lagi," katanya.

Anda boleh lihat banyak lagi gambar keadaan rumah berkenaan di bawah:

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen menyifatkan perkara tersebut sebagai keterlaluan serta meloyakan.

Sebahagian mereka menyamakan rumah tersebut seperti tempat perlupusan sampah.

Malah, haiwan pun berkemungkin tidak mampu hidup dalam timbunan sampah tersebut.
#Viral #Viral #Kotor #Sampah