Haiza Imbas Momen Buat Fesyen Rambut Ning Baizura - “ Kerana Rambut Ni, Kita Tidur Duduk Ya”
Mya Amri
18/02/2021 13:45 MYT
18/02/2021 13:45 MYT
Penyanyi Haiza mengimbas kembali kenangan manis di awal penglibatannya sebagai anak seni.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Haiza memberitahu walaupun sudah lebih 25 tahun berlalu namun kenangan tersebut masih segar diingatannya.
Menurut Haiza, dia pernah merasai pengalaman tidur sambil terduduk gara-gara gaya dandanan rambutnya.
“Dulu fesyen rambut sis @ningdalton jadi inspirasi... Haiza keluar, rambut kena sesuatu. Kerana rambut ni, kita tidur duduk ye.
“Kak Nurul datang hotel buat malam tu, esoknya nak sesi fotografi. Buat awal supaya wartawan tak tunggu lama.
“Ni salah satu kerja yang kena buat masa promosi album Dag Dig Dug… Cikgu kasi cuti seminggu pergi promo album lepas abis PMR. Yehaaaa…” tulisnya.
Sinonim dengan lagu Dag Dig Dug, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah telah mendirikan rumah tangga dengan atlet Hoki, Norhanaphe Omar 24 Ogos 2007
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Nur Iman Syafie yang kini berusia lapan tahun.