,
Nusantara

Hajat Berkahwin Tak Sampai, Ahli Band Kerispatih Meninggal Dunia Ketika Tidur

Amri Hassan
11/04/2018
06:10 MYT
Pemain bass band popular Indonesia, Kerispatih, Andika Putra Sahadewa dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur di kediamannya semalam (Selasa).
Andika, 36, sebelum ini dikejarkan ke hospital kerana mengalami strok ringan namun dibenarkan pulang pada Isnin lalu.
Malah, Andika dilaporkan menderita penyakit diabetes sejak sekian lama.
Tidak sampai 24 jam setelah tiba di kediamannya, Andika meninggal dunia sekitar 9.30 pagi di bilik tidurnya.
Menurut kekasihnya, Nicky Santoso, pasangan itu merencanakan untuk berkahwin pada tahun ini namun hajat itu tidak kesampaian.
"Hubungan kami sudah memasuki usia 3 tahun dan kami merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun ini," kata Nicky kepada CNN Indonesia.

Love you!

A post shared by Andika Putrasahadewa (@dikabassman) on

Khabar mendukacitakan itu menyentuh hati bekas anggota kumpulan Kerispatih, Badai dan Sammy Simorangkir serta anggota terkini band itu.
Kerispatih adalah kumpulan muzik Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 2003. Ahli-ahlinya seramai 5 orang iaitu Badai, Anton, Fandy (menggantikan Sammy), Arief, dan Andika.
Sumber: CNN Indonesia, Detik
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tarik Tudung Isteri Hingga Tertanggal Hanya Kerana Minta Beli Gincu

gempak
05/09/2024
13:25 MYT
Insiden di sebuah pasar raya mini di Indonesia pada minggu lalu yang dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan @vhiras5 di TikTok dan pemilik akaun @folkshitt di Instagram.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Lokasi Terus Jadi Tumpuan, Tular Hingga Ke Indonesia

gempak
02/09/2024
02:33 MYT
Seorang pelancong dari Indonesia, Effy Susanti Umar Said, 46, berkata, berita mengenai kejadian terbabit diketahui menerusi aplikasi TikTok yang tersebar secara meluas di negaranya.
Terkini

Pawang Gagal 'Hentikan' Hujan Diusir

gempak
29/08/2024
06:56 MYT
Pejabat Gabenor Aceh melahirkan rasa kesal dengan kehadiran seorang bomoh hujan di stadium Harapan Bangsa bagi melakukan upacara 'menghentikan' hujan kerana disifatkan sebagai tidak selari dengan syariat Islam.
Hiburan

Konsert Cokelat Kembali 7 September Di KL Batal!

gempak
28/08/2024
04:03 MYT
Konsert kumpulan dari Indonesia, Cokelat yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, di sini, pada 7 September ini dibatalkan.
Viral

Ustaz Solmed Tayang Dapur Warna Ungu - "Saya Tepuk Dahi"

gempak
28/08/2024
02:55 MYT
Nama penceramah bebas, Ustaz Solmed memang sempat menuai perhatian pada awal tahun ini selepas mempamerkan kemewahan kediamannya yang bagai istana di Bogor, Indonesia.