Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Hajat Dia Mahu Pergi Tanpa Kekecohan" - Isteri Sean Connery Dedah Penyakit Mendiang Suami

Asraf Aided 02/11/2020 | 07:45 MYT
Isteri kepada aktor legenda Sean Connery, Micheline Roquebrune mendedahkan penyakit yang dialami suaminya itu sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.
Memetik laporan E News, Micheline mengatakan Sean telah menghidap penyakit Dementia sebelum kematiannya.
Dementia merupakan penyakit berkaitan kehilangan memori, cara menyelesaikan masalah dan kekurangan untuk berfikir aspek lain dalam kehidupan seharian.
Pelakon kelahiran Scotland itu meninggal dunia pada usia 90 tahun di Bahamas. Difahamkan, mendiang telah menetap di situ selepas bersara dari dunia lakonan pada tahun 2003.
"Dia telah menghidap Dementia hingga ke akhir hayatnya, hajat terakhirnya adalah untuk pergi dengan tenang tanpa sebarang kekecohan.
"Dia sudah tidak menikmati kehidupan seperti biasa, dia tak boleh mengekspresikan dirinya sejak kebelakangan ini," kata Micheline dalam sebuah kenyataan.
Pada 31 Oktober 2020, BBC News melaporkan Connery meninggal dunia namun penyakit yang dialami sebelum kematiannya masih belum dijelaskan secara terperinci oleh ahli keluarganya.
Majlis pengebumiannya juga mahu diadakan secara tertutup oleh pihak keluarga.
Sepanjang kerjanya, Connery sangat dikenali menerusi filem James Bond diikuti deretan filem popular lain seperti Indiana Jones, Untouchables, The Rock dan banyak lagi.
Sumber & Kredit Foto : E News, BBC
#Meninggal Dunia #Penyakit #Sean Connery
;