Laman Utama

Hajat Nak Cucu Baru Tak Kesampaian, Ibu Tiri Ashira Meninggal Dunia - "Maafkan Oshin, Mak Norma..."

gempak
Amri Hassan
03/08/2021
04:25 MYT
Sponsor Banner
Hajat Nak Cucu Baru Tak Kesampaian, Ibu Tiri Ashira Meninggal Dunia - "Maafkan Oshin, Mak Norma..."
"Maafkan Oshin, Mak Norma... Belum ada rezeki dan mungkin takkan terjadi," demikian coretan akhir penyanyi Ashira buat ibu tirinya, Norma Ariffin yang menghembuskan nafas terakhir lewat petang semalam.
Kongsi Ashira, Mak Norma yang sebelum ini dirawat akibat COVID-19 tahap dua bersama-sama bapanya bagaimanapun telah pulih dan kembali ke rumah.
Bagaimanapun, umur Mak Norma tidak panjang apabila dijemput Ilahi selepas mengadu sakit slip disc dan tidak mampu untuk bangun lagi.
"Semalam abah happy jer sebab Mak Norma dah boleh discharge dari Hospital Selayang setelah beberapa hari kuarantin di sana.
"Abah kemas rumah,yayyy abah ada teman balik Mak Norma dah sampai rumah pagi tadi Alhamdullilah… Petang pulak abah mesej Mak Norma sakit kuat slip disc dia sakit menyerang.
"Dia tak boleh nak duduk atau bangun, nak bergerak susah sakit... Abah kembali susah hati. Allah lebih sayangkan Mak Norma, 6.20 petang Allah jemput Mak Norma balik.. Allah nak Mak Norma rehat tanpa sakit lagi.
"Mak Norma…. Terima kasih jagakan Abah selama ini, jaga makan minum abah, jaga pakai harian abah, jaga waktu abah sakit dan selalu ambil berat pada kami," kongsi Ashira.
Sedikit terkesan apabila Ashira memberitahu Mak Norma pernah menyatakan hasratnya untuk menimang cucu baharu selepas perkahwinan Ashira bersama Bad Indigo awal tahun ini.
"Last kita jumpa bulan puasa lalu.. Mak Norma cakap jangan lupa ‘Oshin (panggilan untuk Ashira) kena ada zuriat lagi’.
"Oshin dah sayang Mak Norma macam ibu sendiri. Mak Norma rehatlah ok… jenguk-jenguk abah dan kami selalu tau.
"Nanti Shin rindu laksa Mak Norma siapa nak buatkan? Selamat berehat Mak Norma Assalammualaikum," coretnya yang kini masih menjalani kuarantin selepas dijangkiti virus COVID-19 minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live