gaya hidup

Hakikatnya Kita SAMA Sebagai Manusia. Walau Berbeza Darjat, Pangkat, ‘Nama’ – Layani dan HORMATILAH Seadilnya.

Huda Hussain
17/12/2021
15:47 MYT
'Double standard', itu yang sering kali kita dengar atau mungkin pernah lalui dalam menjalani rutin seharian. Tidak kiralah sama ada berurusan di pejabat-pejabat kerajaan, pusat perbankan dan lain-lain tempat. Ada yang mengeluh ‘Mentang-mentang orang biasa, tak ada apa-apa terpaksalah duduk macam tunggu buah durian nak gugur’. Dan berbeza dengan segelintir daripada kita yang mungkin ada akses ekspres dek kerana pangkat, darjat dan nama.
Realitinya walau pahit, itulah yang kita perlu kita terima. Betapa besar impak punya pengaruh, dikenali, ada pangkat dan seangkatan dengannya dalam memudahkan urusan sehari-hari. Tetapi daripada sudut lain cara layanan kita terhadap sesiapa juga perlu diubah.
Kredit Foto: Google
Kerana apa? Kita semua ini hanya manusia dan hakikatnya kita sama sahaja. Jangan sebab orang itu tukang sapu, kita beri layanan buruk lagi teruk. Bahkan ada kalanya seolah-olah nak pandang pun tak mahu. Acuh tak acuh saja.
Dan jangan sebab orang itu ada nama, kita bagi dia pijak orang lain. Tindas sehingga kadang kala seakan merampas hak yang sepatutnya orang lain miliki.
Jujurnya, semua orang layak dihormati, tak kiralah dia itu siapa. Tua, muda, berlainan bangsa dan agama bukan kayu ukurnya. Tetapi nilai kemanusiaan ini kian tipis dan terhakis daripada kita. Seolah sukar untuk tanamkan dalam diri perlu ada sifat hormat-menghormati sesama manusia.
Kredit Foto: Google
Ia mencerminkan diri kita dalam pelbagai perkara. Etika, adab, akhlak dan nilai kemanusiaan itu sendiri. Walau di mana sekalipun baik di tempat kerja, institusi pendidikan, di tempat awam dan pendek kata di mana-mana. Kalau mahu dihormati, kita juga perlu hormat orang sekeliling. Jaga percakapan, penggunaan ayat dan setiap bahasa tubuh yang menggambarkan diri kita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"Iklan Guna Bahasa Lucah Disifatkan Keluar Landasan Etika, Akhlak"

gempak
02/07/2024
09:25 MYT
Tindakan sesetengah pihak mengiklankan sesuatu produk menggunakan bahasa lucah disifatkan sebagai keluar dari landasan etika dan akhlak.
Nusantara

Ria Ricis Minta Pendapat Mahu Buang ‘Kantung Mata’, Netizen: “Baik Ganti Akhlak…”

gempak
14/05/2024
15:55 MYT
Ria Ricis menuai kritikan dalam kalangan netizen selepas meminta pandangan untuk melakukan pembedahan plastik.
Viral

Bersilat Di Masjid Nabawi, Sekumpulan Individu Dikecam Netizen - “Jenis Nak Perhatian Ke Ni?"

gempak
25/01/2024
07:25 MYT
Bersilatlah di tempat yang lebih sesuai
Laman Utama

Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”

gempak
04/12/2023
14:55 MYT
Mungkin dia marah-marah manja
Masked Singer 2

“Ada Yang Datang Bergambar Dengan Bahasa Agak Keras” – Zizan Razak Pesan Jaga Adab

gempak
07/02/2022
11:02 MYT
Nak minta bergambar tegurlah elok-elok. Jangan main redah je.