Hiburan

“Hal Peribadi Biarlah Saya Simpan Untuk Diri Sendiri…” – Reen Rahim

gempak
Fiza Kamarudin
10/01/2020
12:30 MYT
Sponsor Banner
“Hal Peribadi Biarlah Saya Simpan Untuk Diri Sendiri…” – Reen Rahim
Pelakon Reen Rahim mengakui lebih selesa merahsiakan identiti kekasih hati kerana baginya, hal peribadi tidak perlu dikongsi dengan khalayak.
Bagaimanapun Reen tidak menafikan dirinya sedang mengenali seseorang, tetapi hal peribadi tersebut bukan untuk dikongsi secara terbuka.
“Hal peribadi saya simpan untuk diri sendiri dan bagi saya sosial media adalah untuk saya berkongsi mengenai personal saya, bukannya orang lain.
“Lagi pun saya tak mahu perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang kepada orang lain. Sebab bukan semua orang suka nak tengok benda-benda macam tu,” katanya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live