"Halal & Haram Jangan Dicampur..."- PU Syed Tegur Naufal Azrin
Syafiqah Jalal
10/05/2023 04:44 MYT
10/05/2023 04:44 MYT
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur penyanyi popular Casablanca, Naufal Azrin selepas muncul dalam konsert pertama Big Stage musim ke lima (Big Stage 5) baru-baru ini.
PU Syed seolah-olah menegur penampilan Naufal yang mendedahkan dadanya serta memakai rantai dengan mengingatkan supaya tidak menjadi orang lain untuk dilihat cemerlang.
"Ingatan bersama buat adik, @naufalazrin penyanyi Casablanca yang kini menjadi peserta Big Stage 5, tidak perlu menjadi diri orang lain untuk dilihat cemerlang dalam bidang nyayian..
"Halal dan Haram jangan dicampur yang akhirnya menyebabkan kita dipandang serong oleh masyarakat," katanya.
PU Syed menegur perkara berkenaan dalam satu hantaran di akaun Instagram peribadi miliknya.
Tambah PU Syed, sepatutnya Naufal membawa peminat ke arah kebaikkan isiyu jalan ke syurga.
"Saudara (Naufal) berjaya membawa nasyid dengan anugerah suara yang merdu itu, serta mempunyai ramai peminat..
"Bawalah peminat saudara ke Syurga..bukan ke arah selain darinya..dari sudut penampilan dan sebagainya..
"Bantulah agamamu ini..Bantulah ummat Nabimu Sallallahu 'Alaihi Wasallam..
"Hijrah itu dari buruk kepada baik..bukanlah sebaliknya..," nasihatnya.
Penampilan Naufal dalam program tersebut yang mengenakan sut berwarna merah serta menampakkan sedikit bahagian dadanya yang memakai rantai dan gelang tangan telah mengundang rasa kurang senang warganet.
Rata-rata merasakan ia tidak sesuai kerana sebelum ini perwatakannya yang begitu terkenal dengan imej ketuhanan.
Pun begitu, Naufal telah pun tampil menjelasakan kepada sebuah portal bahawa dia hanya mengikut konsep persembahannya pada konsert berkenaan.
"Apa saya pakai itu hanya mencantikkan konsep persembahan pada malam tersebut. Gaya itu sekadar untuk pertandingan sahaja," jawabnya.

Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
‘Big Stage 5’ yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.