TERKINI
Halim Othman Setahun Tak Jumpa Anak - “Saya Ada Hantar Mesej Kepadanya Dengan Harapan Kita Akan Berjumpa Semula…”
Bekas penyampai radio terkenal, Halim Othman mendedahkan sudah setahun lebih tidak berjumpa anaknya juga pelakon, Myra Natasya.
Berusaha untuk berbaik
Menurut Halim, 60, sebagai seorang bapa dia seorang bapa dia masih berusaha untuk berbaik semula dengan anak perempuannya.
"Sekarang ini tidak ada 'constant contact' (kerap berhubung) tapi saya ada hantar mesej kepadanya dengan harapan kita akan berjumpa untuk memulihkan semula hubungan.
"Sudah satu tahun lebih kami tidak berjumpa. Saya berikan dia peluang. Bagi dia bertenang dan ruang untuk kami berbaik semula," katanya.
Halim berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Keluang Man bertempat di Aurum Theatre, TRX Echange pada Rabu.
Raya tahun ini meriah
Dalam pada itu, ditanya mengenai sambutan raya, Halim berkata tahun ini disambut dengan meriah di kampung halamannya yang terletak di Terengganu.
"Saya tidak menyambut Hari Raya bersama anak tapi kami masing-masing ada mengucapkan selamat meraikan Hari Raya.
"Boleh dikatakan antara Hari Raya paling meriah. Saya pulang ke Terengganu 10 hari selepas Hari Raya," katanya ringkas.
ARTIKEL BERKAITAN:JPN Dedah Permohonan Pembetulan Maklumat Sijil Lahir Myra Natasha Ikut Prosedur
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Nak Burukkan Nama Anak Saya” - Halim Othman
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Hanya Mahu Ayah Mohon Maaf Dan Tukar Balik Maklumat Kat Surat Beranak” - Myra Natasha
ARTIKEL BERKAITAN:Jari Kaki Kelingking Myra Natasha Patah, Tergelincir Sebab Lantai Rumah Basah - “Perlu Pembedahan & Tak Boleh Berjalan Dua Bulan”
Terdahulu, hubungan Halim dan anaknya Myra Natasha didakwa rengang selepas wanita itu mengakui dirinya anak tidak sah taraf.
Malah Myra mendedahkan Halim dan ibunya iaitu Yusnita Omar tidak pernah berkahwin di Thailand seperti yang pernah diperkatakan selain mempersoalkan isu penamaan bapa dalam sijil kelahirannya.