Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

Haliza Maysuri Kongsi Keadaan Bilik Tetamu Kerap Diganggu Makhluk Halus - “Ada Yang Kena Kacau Tapi Peliknya…”

Asyikin Mayudin 28/04/2025 | 05:55 MYT
Usahawan terkenal, Haliza Maysuri berkongsi ruang bilik di rumah tamu miliknya yang didakwa mempunyai aura negatif sehingga menyebabkan tetamu yang menginap di situ mengalami gangguan mistik.

Bilik tetamu

Haliza memuat naik video memperlihatkan ruang bilik tidur tersebut menerusi akaun TikTok miliknya.

“Rumah ni memang rumah untuk tamu. Ramai tamu cerita… ada yang tidur dalam bilik ni, rasa tak sedap hati. Ada yang kena kacau, tapi peliknya hanya bilik ni saja,” kongsinya.

Menerusi perkongsian itu juga, Haliza turut mendoakan agar dirinya sentiasa dilindungi daripada perbuatan syirik, jin, syaitan dan kejahatan di dunia.

Doa lindungi diri

“Ya Allah, lindungilah aku daripada sihir, jin, syaitan dan segala kejahatan makhluk-Mu, peliharalah aku dengan cahaya-Mu yang tidak pernah padam,” doanya.

Rata-rata netizen menegur pemilihan cat dinding dan hiasan di bilik tersebut yang kelihatan seram dan diduduki makhluk halus.

ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri Amalkan Petua Letak Labu Kundur Untuk Elak ‘Gangguan' - "Tapi Pelik Ada Belalang Hijau Pula Di Kediaman"

ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri Tunjuk Cara Sebenar Makan Caviar, Beri Pesanan - “Jangan Main Order Saja, 100g Je Dah Dekat RM1,000”

“Cat dinding dan hiasan macam labu sayong kat side table itu seram… memang nampak macam bilik ‘dia’.

“Abstrak dinding kepala katil itu tak bagus dan juga labu kundur tu.

“Gambar puan tak perlu dalam bilik itu, design dinding itu kena ubah. Labu sayong itu no need di situ, cermin-cermin dekat almari tu pun tak perlu.

“Kat dinding itu corak buatan atau terjadi sendiri? Macam corak tempat jin tinggal,” komen beberapa netizen.

undefined
#Jin #Makhluk Halus #Haliza Maysuri #Syaitan #Gangguan Mistik