gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Al Ghazali, Alyssa Pilih Bulan Madu Di Afrika, Mahu Ramai Anak
HIBURAN
Bergelar Pak Haji, Ivan Gunawan Tak Mahu Terlibat Riba, Tutup Kad Kredit
HIBURAN
Elite Kembali Gegar Pentas Dengan Konsert ELITE LIVE ‘25 September Depan - “Kami Mahu Imbas Kembali Era 90-an”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Haliza Maysuri Menang Saman Fitnah! Bekas Pengedar Bawal Exclusive Di Kelantan Diarah Bayar RM70,000

gempak
Amri Hassan
23/06/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Haliza Maysuri Menang Saman Fitnah! Bekas Pengedar Bawal Exclusive Di Kelantan Diarah Bayar RM70,000
Bekas pengedar jenama tudung terkenal, Bawal Exclusive, Rosmaliza Mansor diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu untuk membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 selepas didapati memuat naik kenyataan berunsur fitnah dan dakwaan berniat jahat terhadap syarikat itu serta pengasasnya, Haliza Maysuri.
Menurut saman yang difailkan Tetuan Adnan Sharida & Associates, Bawal Exclusive Sdn. Bhd., Bawal Sdn. Bhd. dan Haliza mengambil tindakan undang-undang terhadap Rosmaliza pada 18 Oktober 2024, selepas satu hantaran dimuat naik di akaun Facebook milik Rosmaliza yang didakwa memperlekeh strategi pemasaran jenama itu di platform TikTok dan mempersoalkan keadilan syarikat terhadap para pengedarnya.
“Rosmaliza membuat satu hantaran di media sosial Facebooknya yang bersifat fitnah dan dakwaan berniat jahat dengan memperlekehkan tindakan Bawal Exclusive Sdn. Bhd., Bawal Sdn. Bhd., dan Puan Haliza Maysuri menggunakan media sosial TikTok dalam memasarkan produk-produk.

“Tindakan tersebut telah membawa kefahaman kepada orang awam bahawa pihak syarikat dan Puan Haliza telah bertindak tidak adil kepada pengedar-pengedar yang diberi kebenaran untuk menjual produk-produk syarikat,” katanya dalam satu sidang media khas di Kuala Lumpur pada Isnin.

Difahamkan, Rosmaliza pernah menjadi pengedar sah produk Bawal Exclusive sejak tahun 2017 hingga 2022, sebelum syarikat membuat keputusan untuk tidak menyambung perlantikannya.
Walaupun segala dokumen telah diserahkan dengan sempurna, Rosmaliza tidak menghadirkan diri ke Mahkamah.
Pada 1 Januari 2025, Mahkamah telah mengarahkannya untuk memadam kenyataan fitnah di media sosial dan dilarang daripada mengulangi dakwaan sama pada masa hadapan.
Pada 22 Jun 2025, mahkamah mengeluarkan perintah supaya Rosmaliza membayar RM70,000 kepada Bawal Exclusive dan Puan Haliza Maysuri sebagai pampasan atas tindakan fitnah tersebut.
Rosmaliza turut diperintahkan untuk menjelaskan baki hutang RM570 kepada pihak Bawal Sdn. Bhd. yang masih belum dilangsaikan.
Dalam kenyataan rasmi, pihak Bawal Exclusive menegaskan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk merosakkan reputasi syarikat yang telah dibina sejak tahun 1998.
“Kami mengharapkan tindakan ini dapat memberikan pengajaran kepada kita semua supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan di media sosial dan tidak membuat kenyataan fitnah mahupun dakwaan berniat jahat kepada mana-mana pihak,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#saman
#Fitnah
#Menang
#Haliza Maysuri
#Kes
Must-Watch Video