VIRAL
Haliza Maysuri Sambut Birthday Ke-48, Sarung Adibusana RM151,100 & Dihadiahkan Motorhome - "Suami Nak Hadiahkan Private Yatch Tapi Saya ..."
Usahawan tudung terkenal yang sering menjadi tumpuan, Haliza Maysuri, menyambut ulang tahunnya yang ke-48 dalam suasana meriah dan penuh glamor.
Majlis yang bertemakan Malam Gala Jazz itu dihadiri oleh 150 tetamu, terdiri daripada individu penting dalam kehidupan dan perniagaannya yang sentiasa menyokong di belakang tabir.
Kemuncak majlis pastinya adi busana eksklusif yang digayakan oleh Haliza sendiri, hasil rekaan khas oleh pereka muda berbakat dari Rumah Fesyen Faizuluziaf, penerus legasi jenama mewah RI Couture.
Busana tersebut diinspirasikan oleh konsep fine tailoring, menggabungkan elemen bespoke men’s suit dengan sentuhan feminin menerusi siluet klasik era Dior 1920-an sebagai satu paduan berani, sofistikated dan abadi.
Warna busana yang dipilih juga unik gabungan pale trona charcoal grey dan hitam, diserlahkan dengan renda Perancis, fabrik sutera wool, serta taburan mewah lebih 8 jenis batuan Swarovski pelbagai bentuk dan saiz.
Nilai keseluruhan busana ini mencecah RM151,100, dengan perincian batuan Swarovski sahaja bernilai RM80,000!
Dalam majlis yang sama, Haliza turut melancarkan dua koleksi tudung terbaharunya Nafas Maysuri, sebagai simbol permulaan baharu dalam hidup dan kerjayanya, serta Nadi Maysuri, yang melambangkan semangat dan nadi kehidupannya.
Walaupun anak dan menantunya tidak dapat hadir secara fizikal, kejutan ucapan ulang tahun melalui video menyentuh hati Haliza, yang kelihatan sebak menerima ucapan daripada insan tersayang.
Menurut Haliza, suaminya pada awalnya merancang menghadiahkan kapal persiaran peribadi, namun rancangan itu dibatalkan kerana dirinya mengalami masalah mabuk laut.
Haliza meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sambutan ulang tahun ini, menyifatkannya sebagai satu fasa kehidupan yang penuh makna.
“Alhamdulillah, usia ini bukan sekadar angka, tetapi tentang bagaimana kita memilih untuk hidup sepenuh rasa. Syukur, sebelum usia 50 tahun, anak-anak saya sudah tamat belajar, dan banyak impian saya sudah pun tercapai,” katanya penuh emosi.
Dalam pada itu, Haliza turut berkongsi perancangan mengembangkan empayar perniagaan ke Jakarta, Indonesia.
Tidak ketinggalan, kek hari lahir Haliza turut mencuri perhatian dihiasi hampir 11,000 kristal Swarovski dan dianggarkan bernilai RM14,800!
Majlis yang bertemakan Malam Gala Jazz itu dihadiri oleh 150 tetamu, terdiri daripada individu penting dalam kehidupan dan perniagaannya yang sentiasa menyokong di belakang tabir.
Kemuncak majlis pastinya adi busana eksklusif yang digayakan oleh Haliza sendiri, hasil rekaan khas oleh pereka muda berbakat dari Rumah Fesyen Faizuluziaf, penerus legasi jenama mewah RI Couture.
Busana tersebut diinspirasikan oleh konsep fine tailoring, menggabungkan elemen bespoke men’s suit dengan sentuhan feminin menerusi siluet klasik era Dior 1920-an sebagai satu paduan berani, sofistikated dan abadi.
Warna busana yang dipilih juga unik gabungan pale trona charcoal grey dan hitam, diserlahkan dengan renda Perancis, fabrik sutera wool, serta taburan mewah lebih 8 jenis batuan Swarovski pelbagai bentuk dan saiz.
Nilai keseluruhan busana ini mencecah RM151,100, dengan perincian batuan Swarovski sahaja bernilai RM80,000!
Dalam majlis yang sama, Haliza turut melancarkan dua koleksi tudung terbaharunya Nafas Maysuri, sebagai simbol permulaan baharu dalam hidup dan kerjayanya, serta Nadi Maysuri, yang melambangkan semangat dan nadi kehidupannya.
Walaupun anak dan menantunya tidak dapat hadir secara fizikal, kejutan ucapan ulang tahun melalui video menyentuh hati Haliza, yang kelihatan sebak menerima ucapan daripada insan tersayang.
Hadiah Istimewa Daripada Suami
Suasana turut diserikan dengan kejutan manis apabila Haliza menerima hadiah sebuah motorhomes mewah daripada suami tercinta.Menurut Haliza, suaminya pada awalnya merancang menghadiahkan kapal persiaran peribadi, namun rancangan itu dibatalkan kerana dirinya mengalami masalah mabuk laut.
“Kalau ikutkan abang haji, dia nak hadiahkan saya private yacht, tapi sebab saya mabuk laut, dia gantikan dengan motorhomes. Lepas ni bolehlah saya bawa Money dan Aspen jalan-jalan sambil memasak dalam motorhomes ni,” katanya sambil merujuk kepada haiwan peliharaan kesayangannya.