gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Dulu Melawak Kasar Tak Jadi Isu, Sekarang Melawak Sikit Terus Jadi ..." - Suami Kieda Crepe
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Wanns Ahmad Tak Puas Nak Rasa ‘Vibe’ Program Realiti, Sedia Sertai Lagi Jika Diberi Peluang
BERITA
Trump Umum Gencatan Senjata Antara Israel Dan Iran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Haliza Maysuri Sarung Tudung RM70,000 Simbolik Menang Saman Fitnah! - "Hanya Ada Satu Saja Dalam Dunia Ni"

gempak
Amri Hassan
24/06/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Haliza Maysuri Sarung Tudung RM70,000 Simbolik Menang Saman Fitnah! - "Hanya Ada Satu Saja Dalam Dunia Ni"
Usahawan dan pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menghasilkan tudung bawal bertatahkan batu Swarovski bernilai RM70,000 sebagai simbolik kemenangan saman fitnahnya terhadap seorang bekas reseller produknya baru-baru ini.
Jelas Haliza, 47, penghasilan tudung itu umpama menjulang semula jenama Bawal Exclusive selepas berdepan dengan fitnah tidak berasas di media sosial sebelum ini.

"Disebabkan kami menang saman semalam saya arahkan kilang buat tudung bernilai RM70,000 yang saya pakai hari ini.

"Saya bukan nak menipu tapi ini semata-mata untuk julang nama BE semula. Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit," katanya kepada Gempak.
Tegasnya, jenama tersebut dibina bermula daripada bawah dengan pelbagai penat lelah sepanjang 27 tahun lalu.
Malah tindakan saman dilakukan untuk memberi pengajaran kepada mereka diluar sana agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah.
"Saya dan suami bina jenama ini daripada sewa bilik kecil ketika itu tiada staf beratus, tiada modal dan pendidikan serta tiada peguam yang jaga.
"BE dibina dengan jerit payah kami dan peluh kami. Saya nak beri amaran jangan main-main dengan jenama saya. BE tidak sama dengan jenama lain," tambahnya.
View this post on Instagram
A post shared by Haliza Maysuri (@halizamaysuri)
Kata Haliza lagi, rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan kejayaan yang dibina oleh jenama BE kerana mampu menjalinkan hubungan baik dengan syarikat luar negara.
"Jenama ini dibina dengan peluh air mata, dengan kesusahan tiada modal dan pendidikan tapi rakyat Malaysia perlu berbangga dengan kejayaan kami.
"Jenama swarovski mencari kami dan meletakkan kami sebagai branding rakan kongsi sehingga kami menjadi 10 teratas di syarikat itu.
"Saya tak minta dipuji atau dihargai, cuma dalam perniagaan saya memang fokus. Jangan dijolok sarang tebuan!" luahnya.
Terdahulu, Haliza menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates memenangi saman fitnah terhadap bekas pengedarnya, Rosmaliza Mansor, selepas Mahkamah Sesyen Kota Bharu mendapati Rosmaliza memuat naik kenyataan berunsur fitnah di Facebook.
Mahkamah mengarahkan Rosmaliza membayar ganti rugi RM70,000 serta baki hutang RM570 kepada syarikat Bawal Sdn. Bhd.
Rosmaliza sebelum ini mempersoalkan strategi pemasaran syarikat dan menuduh ketidakadilan terhadap para pengedar. Bagaimanapun, Rosmaliza tidak hadir ke mahkamah walaupun diserahkan dokumen lengkap. Pada 1 Januari 2025, mahkamah turut mengarahkannya memadam kenyataan fitnah dan tidak mengulanginya.
Bawal Exclusive menegaskan tindakan undang-undang ini diambil demi menjaga reputasi syarikat yang dibina sejak 1998 dan sebagai pengajaran agar tidak menyebar fitnah di media sosial.
Topic Berkaitan
#Viral
#Tudung
#Mahkamah
#Bawal Exclusive
#Haliza Maysuri
Must-Watch Video