Halloween bakal menjelang tidak lama lagi, Astro akan menyajikan beberapa filem seram di saluran BOO.
Antara filem seram yang bakal ditayangkan adalah 10 Cloverfield Lane, Paranormal Activity 4, Paranormal Activity : Marked Ones, Rings (2017), World War Z dan Perempuan Gentayang : Day 3.
Berikut adalah sedikit info dan sinopsis bagi setiap filem seram yang dinanti-nantikan itu.
10 Cloverfield Lane
Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang berlindung bersama dua orang lelaki selepas mengalami kemalangan jalan raya. Wanita itu juga percaya dunia luar telah dijangkiti dengan serangan kimia.
Filem ini bakal ditayangkan pada 22 November 2019 ini.
Paranormal Activity 4
Katie dan Hunter telah menghilang selama lima tahun. Terdapat sebuah keluarga di pinggir bandar menyaksikan kejadian aneh di kawasan kejiranan mereka sejak seorang wanita bersama seorang anak misteri berpindah ke kawasan itu.
Filem ini bakal menemui penonton pada 14 November 2019.
Paranormal Activity : The Marked Ones
Apabila seorang pemuda menjadi mangsa kejahatan, dia harus merungkai kejadian misteri yang telah berlaku.
Paranormal Activity : The Marked Ones akan ditayangkan pada 13 November ini.
Rings (2017)
Seorang wanita mendapati dirinya menerima sumpahan dan ancaman yang boleh meragut nyawanya dalam masa tujuh hari sahaja.
Filem ini akan menemui anda pada 1 November 2019.
World War Z
Mengisahkan tentang bekas pekerja Persatuan Bangsa Bersatu (United Nations), Gerry Lane menentang ancaman zombie yang mengganggu kerajaan dan menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan.
World War Z akan ditanyangkan pada 25 Oktober ini.
Perempuan Gentayangan : Day 3
Bukan hanya filem seram dari Hollywood, saluran Boo turut menyajikan filem dari Indonesia yang berjudul Gadis Gentayangan.
Imej dan efek dalam filem ini lebih dekat dengan persekitaran kehidupan penonton di Asia.
Filem ini akan ditayangkan pada 31 Oktober 2019.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan semua filem seram yang pasti menjanjikan mimpi ngeri di saluran Boo (404).
Asraf Aided
Thu Oct 24 2019


#AstroGoMovies: Jom Gandakan Pahala Dengan Menyaksikan Program Menarik Sepanjang Ramadan! Ada Nabil To Neelofa, Geng Ta’alim & Banyak Lagi
Program menarik! Jom tengok

“Wajah Semua Comel Bersih, Tak Terbakar”- Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik
Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik

Wak Doyok Pilih Calon Isteri Yang Boleh Tinggal Dengan Ibu - “Saya Juga Mementingkan Aspek..."
Itu syarat Wak Doyok

Shuk Sahar Sah Bercerai Dengan Rossa Sera - “Sebenarnya Selepas Balik Umrah Bersama, Kami Ada…”
Doa yang baik-baik untuk Shuk & Sera.

“Bohong Je Kerja! Aku Malas Nak Cari Jantan-Jantan Yang Kau Scam” - Afiq Muiz Dedah Mesej Curang Isteri
Afiq dedah mesej isteri.

Emma Maembong Hanya Tahu Jantina Baby Ketika Acara ‘Gender Reveal’ - “Setiap Kali Check Up Juga La Tahan Mata…”
Semoga dipermudahkan urusan Emma nak bersalin.

Dua Kali Kena Tipu, Akhirnya Wafariena Berjaya Miliki Kereta Idaman - “Tak Nak Cakap Banyak, Tengok Je..."
Tahniah Wafariena!

“Nak Aku Kerja Bagi Kau Makan?”- Tanggung Biawak Hidup, Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Lelaki Dayus Pukul Perempuan & Main Game Saja
Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Lelaki Dayus Pukul Perempuan & Main Game Saja

Tular Video Buka Tudung & Berparti, Ini Kata Mia Sara - "Saya Terima Dengan Hati Terbuka"
Mia Sara tampil jelaskan mengenai isu buka tudung dan berparti

Hafidz Roshdi Sudah Ke Hospital Bahagia - "Namun Keputusan..."
Hafidz Roshdi dah jalani rawatan di Hospital Bahagia